Buletin

M-SPORT FORD MAHU EMPAT LAGI PERLUMBAAN DARIPADA SEBASTIAN LOEB

Pasukan M-Sport Ford nampaknya berharap agar dapat terus menagih khidmat pemandu lagenda, Sebastian Loeb untuk empat lagi perlumbaan bagi kempen World Rally Championship (WRC) bagi musim 2022 ini.

Pengarah Urusan M-Sport Ford, Malcolm Wilson walau bagaimana pun tidak menyenaraikan secara spesifik mana – mana lokasi perlumbaan bagi khidmat Sebastian Loeb namun berharap agar pemenang rali pembukaan di Monte-Carlo itu dapat segera kembali memandu jentera Ford Puma Rally1.

“Kami menyasarkan empat perlumbaan dan kami sedang berusaha ke arah itu,” tambah Malcolm Wilson lagi. Walaupun kelihatannya seperti perlumbaan di Sweden dan juga Croatia tampak mustahil untuk melihat kembali kelibat Sebastian Loeb, namun proses memujuk sang lagenda bersama pasangan baharu beliau Isabelle Galmiche sedang giat diusahakan.

Sudah tentu prestasi menakjubkan yang dipamer oleh Sebastian Loeb bersama gandingan baharu beliau di Monte-Carlo bersama pasukan dari British ini menjadi buah mulut di kalangan peminat rali apabila berjaya menewaskan seorang lagi pemandu lagenda, Sebastian Ogier.

Prestasi Sebastian Ogier menjadi buah mulut apabila beliau yang baharu sahaja tiba di Monte-Carlo sebaik tamat perlumbaan di Rally Dakar, dan terus berpasangan bersama Isabelle Galmiche yang mana mereka langsung tidak pernah digandingkan dalam perlumbaan kompetetif WRC sebelum ini.

“Saya begitu hampir untuk mendapatkan tandatangan beliau apda tahun 2005 dan kini begitu faham apa yang kami terlepas mengenainya. Sebastian Loeb seorang yang cukup istimewa dan cukup gembira dengan jentera. Malah ketika di di Monte-Carlo, berlaku sedikit perubahan melibatkan beberapa kondisi namun beliau tidak merubah langsung tentang tetapan jentera. Itulah yang ada pada beliau,” ujar Malcolm Wilson lagi.

Dan khabar angin mengatakan bahawa Sebastian Loeb dijangka kembali bersama M-Sport Ford untuk perlumbaan di Vodafone Rally de Portugal sesudah dijangka terlepas dua perlubaan berikutnya di Sweden juga Croatia. Sudah tentu perlumbaan di Vodafone Rally de Portugal amat dinantikan memandangkan Sebastian Loeb pernah memenangi perlumbaan di sana secara berturut pada tahun 2007 dan 2008.

Mungkin dalam bulan hadapan M-Sport Ford dapat membuat pengesahan mengenai perkhabaran yang dinantikan ini.

BACA : SAHIH! SEBASTIAN LOEB MEMBUAT KEMUNCULAN SEMULA WRC BERSAMA M-SPORT FORD

BACA : ALKISAH SEBASTIAN LOEB YANG TIDAK KITA KETAHUI

Google ads

B K

Back to top button