PEMILIK M-SPORT FORD AKHIRNYA BERPELUANG MEMANDU FORD PUMA RALLY1
Pemilik pasukan M-Sport Ford, Malcolm Wilson akhirnya berpeluang untuk berada di kerusi pemandu sekali gus memandu jentera milik pasukannya sendiri, Ford Puma Rally1 di Cumbria, United Kingdom. Malcolm Wilson ini bukanlah asing dalam dunia rali. Malah beliau sendiri sebenarnya bekas pemandu rali di era 80an.
Kemudiannya daripada bekas pemandu, akhirnya Malcolm Wilson bertukar status kepada pemilik pasukan rali. Dan pada minggu lepas, akhirnya Malcolm Wilson berpeluang untuk memandu jentera Ford Puma Rally1 di litar yang dibina yang dibina khusus di Dovenby Hall, kilang pembuatan pasukan M-Sport Ford ini. Sesi shakedown ini bertujuan sebagai persiapan buat jentera Ford Puma yang dipandu oleh pemandu persendirian dari Greece, Jourdan Serderidis bagi menghadapi saingan Guanajuato Rally México pada 16 – 19 Mac nanti.
Walau pun bergelar pemilik pasukan, namun Malcolm Wilson tidak pernah memandu produk akhir jentera Ford Puma Rally1 sebelum ini. Pemilik pasukan yang berusia 67 tahun ini hanya pernah mencuba model prototaip ketika Ford Puma Rally1 ini dalam fasa pembangunan lagi.
“Saya pernah memandu di awal ketika ianya masih di peringkat awal pembangunan pada tahun 2022. Saya juga pernah memandu pelbagai generasi kereta rali dan secara jujurnya, ianya seperti kereta yang ini sempurna dari segenap sudut. Bukan hanya sekadar dari segi aspek keselamatan untuk pemandu dan juruarah tetapi kesemunya,” ujar Malcolm Wilson.
Yang pastinya, Malcolm Wilson dan pasukan M-Sport Ford akan menuju ke bumi Mexico dengan reputasi yang sedikit tinggi sementelah kemenangan Ott Tanak di Rally Sweden tempohari. Begitu juga dengan Ott Tanak yang semakin selesa, apatah lagi kini beliau hadir sebagai pendahulu pungutan mata.
Jentera kedua Ford Puma sudah semestinya akan dipandu pemandu dari Perancis, Pierre-Louis Loubet manakala jentera ketiga pula bakal dipandu oleh pemandu persendirian Jourdan Serderidis.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Jourdan Serderidis dianggap sebagai lelaki yang budiman apabila sudi membantu secara langsung buat perkembangan kerjaya pemandu muda dari Hungary Grégoire Munster yang juga pemandu untuk pasukan M-Sport Ford bagi kelas WRC2.
Jourdan Serderidis yang berusia 59 tahun merupakan peminat sukan rali dan juga tokoh perniagaan terkemuka seronok berlumba secara suka suka telah membantu Grégoire Munster bagi mendapatkan dana bagi meneruskan perlumbaan musim lepas.
Ternyata Jourdan Serderidis dapat melihat potensi yang ada pada diri pemandu dari Hungary itu apabila berjaya mencatatkan keputusan yang baik dalam siri perlumbaan musim lepas.
Dan untuk musim ini, Grégoire Munster bakal beraksi dalam musim penuh kelas WRC2 bersama jentera Ford Fiesta Rally2.
BACA : M-SPORT FORD MULA MENGUJI MODEL RALLY1 UNTUK MUSIM WRC 2022
BACA : FORD PUMA RALLY1 2023 DIDEDAHKAN. MAMPUKAH PASUKAN M-SPORT FORD KEMBALI MENYINAR?