
GGR MOTOR UMUM INISIATIF GO GREEN REVOLUTION, LANCAR MOTOSIKAL EV BAHARU
GGR Motor dengan rasminya mengumumkan inisiatif Go Green Revolution dengan pelancaran motosikal elektrik terbaru untuk pasaran tempatan.
GGR Motor bersama Perniagaan Mazlan & Hashimah (PMH MOTOR) Sdn Bhd selaku “Rakan Strategik Eksklusif” dan pengedar sah utama motosikal (EV) di Malaysia akan merasmikan pelancaran motosikal EV itu pada 28 Jun ini di Saloma Bistro.

“Acara akan bermula jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang dengan sesi pelancaran, pameran, jaringan pelabur dan media.
“Aktiviti malam pula dimeriahkan dengan persembahan komuniti, “test ride”, cabutan bertuah dan aktiviti santai bersama pencinta EV.
“Saya percaya apabila artis sendiri menggunakan EV, ia memberikan impak lebih besar dari segi capaian dan kesedaran awam,” jelas Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Mussadiq Mohamed Azmi.
Antara selebriti yang bakal memeriahkan acara adalah Johan, Cat Farish, Ajak Shiro dan Nabil Ahmad.

“Mereka bukan sekadar selebriti, tetapi sahabat lama yang saya percaya mampu membawa nilai positif kepada jenama,” tambahnya.
Dalam pada itu, GGR Motor turut menaja dua unit LionG1 e-bike (bernilai RM2,054 setiap satu) sebagai hadiah utama konsert Aku Muzik Kamu (AMK Indie 2025) yang akan berlangsung pada Julai nanti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

“Penajaan ini sebahagian daripada usaha kami untuk memberikan manfaat kepada rakan-rakan serta menyemai semangat perubahan ke arah penggunaan kenderaan elektrik,” jelas Mussadiq lagi.