Buletin

MASERATI GT2 STRADALE MEMBUAT DEBUT JALAN RAYA DI ANDALUSIA

Model Maserati yang dinantikan, GT2 Stradale akhirnya bakal berada di atas jalanraya tidak lama lagi dan bersedia untuk memasuki pasaran bermula di Eropah pada April nanti. Model Maserati GT2 Stradale ini telah pun dipertontonkan pada Ogos tahun lalu di The Quail bersempena dengan California Monterey Car Week.

Kemunculan sulung versi jalan raya GT2 yang membawa House of the Trident kembali ke trek dalam kejohanan roda tertutup telah dibawa ke Andalusia untuk ditauliahkan secara tidak rasmi dengan pengalaman pemanduan yang didedikasikan untuk pemegang kepentingan utama dan juga pelanggan di seluruh dunia.

Mereka berpeluang menguji keberanian mereka di jalan raya di luar bandar dan di trek, untuk menekankan kedua-dua jiwa kereta super sport itu dengan DNA perlumbaan dan keselesaan tipikal untuk sebuah House of the Trident yang merupakan rumah untuk Maserati sendiri.

Dari bandar Marbella yang menawan, laluan pandu uji mengharungi selekoh pemandangan panorama Parque Nacional Sierra de las Nieves untuk tiba di litar persendirian Ascari berhampiran Ronda, yang digelar sebagai mutiara Andalusia. Trek sejauh 5,425 meter itu yang dinamakan sempena pemandu juara dunia Formula 1 Itali, yang mana beliau turut berlumba dengan Maserati – mengimbas kembali warisan ikonik jenama tersebut.

Umum mungkin mengetahui bahawa Maserati mempunyai sejarah sukan yang panjang dan gemilang. Ketika mereka sedang mengusahakan projek kereta super sport MC20 ianya menandakan permulaan era baharu untuk Maserati sekali gus memberikan bayangan ianya akan kembali semula ke litar. Falsafah dan DNA ini telah menghasilkan GT2 Stradale yang membawa mereka kepada kemenangan di siri Fanatec GT2 European.

Dan Maserati GT2 Stradale ini yang mempunyai DNA di trek dan telah pun diluluskan untuk digunakan di jalan raya dengan keupayaan untuk menggabungkan prestasi melampau dan halus dunia perlumbaan dengan pilihan pemanduan tanpa kompromi dalam keselesaan sepenuhnya.

Maserati GT2 Stradale ini berupaya memecut dengan kelajuan maksimum 324 km/j yang merupakan output maksimum untuk enjin V6 Nettuno yang telah dipertingkatkan lebih laju daripada model MC20. Malah model ini mampu memecut dari angka 0 ke 100 km/j hanya dalam tempoh 2.8 saat sahaja menjadikannya pacuan roda belakang (RWD) paling tangkas dalam kategorinya.

BACA : MASERATI MC20 GT2, KEPULANGAN SEMULA JENAMA TRIDENT DALAM PERLUMBAAN GT2

BACA : MASERATI SPYDER MC20 CIELO MENDARAT DI MALAYSIA – HARGA BERMULA RM1.22 JUTA

Google ads

B K

Back to top button