Motosikal

TERKINI: MODENAS LANCAR KYMCO DTX250 DI MALAYSIA AUTOSHOW 2025

Baru-baru ini MODENAS telah pun melancarkan Elegan EX untuk pasaran Malaysia yang merupakan versi ‘facelift’ kepada Elegan 250EX yang dijual sebelum ini. 

Bagaimanapun, ada yang berpendapat pelancaran Elegan EX itu memberi bayangan bahawa Kymco DTX250 tidak akan diperkenalkan di Malaysia. 

*Elegan EX

Namun, pada Februari lalu kami telah pun mendapat maklumat bahawa DTX250 akan dilancarkan sekitar tahun kedua tahun ini. Berdasarkan info terbaru, kami dimaklumkan bahawa Kymco DTX250 ini akan dilancarkan di Malaysia Autoshow 2025 (MAS2025).

Menariknya, kami difahamkan MODENAS akan memperkenalkan beberapa barisan model baharu untuk pasaran Malaysia di MAS2025 yang akan berlangsung dari 9 hingga 15 Mei 2025.

Untuk rekod, KYMCO DTX250 ini tampil dengan reka bentuk yang diilhamkan daripada DTX360 yang dipasarkan di Eropah. Namun di pasaran China, model ini tampil dengan nama KYMCO S250. 

Membuat debut global pada tahun 2022, DTX250 ini tampil dengan beberapa ciri moden termasuk lampu LED dengan DRL (daytime running light), penghadang angin tinggi, panel meter digital LCD dan tangki bahan api 13.5L. 

DTX250 juga menawarkan sistem keselamatan terkini antaranya ABS dwi-saluran dan ‘traction control’ secara standard. 

Atas kertas, DTX250 menawarkan 22.8hp pada 7,500rpm dan 23.6Nm pada 6,000rpm hasil daripada enjin satu silinder 250cc 4-valve. Ini bermakna, DTX250 lebih berkuasa berbanding Modenas Elegan EX yang juga merupakan skuter yang dijenamakan semula dari Kymco. 

Google ads
Back to top button