Buletin

NIKMATI EKSTRA KILOMETER DAN 4X POINT BONUS LINK DENGAN SHELL FUELSAVE 95

Shell Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen “Shell FuelSave 95 Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza”. Ia  bertujuan menyerlahkan keupayaan sebenarnya petrol Shell FuelSave 95, apa lagi kalau bukan menawarkan lebih kilometer kepada penggunanya dalam perjalanan setiap hari. 

Selepas hampir 130 tahun berada di Malaysia, Shell menjadi peneraju dalam membangunkan bahan api berkualiti,  selain melabur ke atas modal insan dan sains demi memacu inovasi bahan api.

Dengan inspirasi untuk memberikan penjimatan serta-merta, Shell FuelSave 95 nyata menjadi asas kepada inovasi Shell. 

Direka dengan teknologi DYNAFLEX, Shell FuelSave 95 memberi lebih kilometer menerusi: 

  • Penjimatan Ekstra, secara serta-merta – Shell FuelSave 95 mengurangkan geseran sehingga 90 peratus ke atas komponen penting enjin demi memaksimumkan penjimatan minyak. 
  • Ekstra Bersih  – Shell FuelSave 95 menghalang 95 peratus pembentukan deposit untuk enjin yang lebih bersih. 
  • Ekstra Perlindungan – Shell FuelSave 95 melindungi enjin daripada haus, hakisan dan pembentukan deposit dengan formula ‘Triple Action’.

Semua manfaat ini selari dengan dapatan satu kaji selidik yang mendedahkan bahawa rakyat Malaysia memilih aspek ‘lebih kilometer’ dan ‘penjimatan’ sebelum membeli bahan api.

Justeru, Shell melaksanakan satu kempen baharu untuk memberi apa yang dimahukan oleh pengguna iaitu ekstra kilometer tanpa ekstra kos. 

Bagi membuatkan kempen ini lebih menarik, Shell Malaysia telah bekerjasama dengan BonusLink untuk memberikan pelanggan sehingga  4X Point apabila mereka membeli minyak minimum RM50 di stesen Shell. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.shell.com.my.

Google ads
Back to top button