Artikel Pilihan

MAKIN BANYAK GEAR, MAKIN BAGUS?

Bagi menjawab persolan di atas, jawapan mudahnya ialah ya. Cara yang paling senang ialah dengan menggunakan transmisi CVT. Transmisi ini akan sentiasa mencari ratio yang sesuai untuk dipadankan berdasarkan RPM dan halaju kereta. Jika letak tombol gear pada D, ia akan memadankan gear untuk tujuan penjimatan petrol. Letak tombol gear pada S (err pengguna Punch CVT tak payah cari) dan transmisi akan memadankan gear untuk tujuan pecutan maksimum.

Bunyi macam menarik, tapi pelaksanaannya ibarat menyelesaikan masalah air di Selangor. Tak semua orang suka bunyi pam minyak CVT dan enjin berbunyi pelik sikit apabila cuba mencari ratio yang sesuai. Agak pelik pula apabila kita beli supercar Ferrari, Porsche, Audi dan Lamborghini dipasangkan dengan CVT. Kalau di Malaysia mungkin akan dicucuk oleh Axiantador dengan rakus.

Nasib baik kita masih ada jurutera yang rajin dan membangunkan transmisi 6 kelajuan, 8 kelajuan dan juga 10 kelajuan automatik. Jadi kali ini kita akan mengulas mengapa lebih banyak gear, lebih bagus pecutannya, kecekapan bahan api dan juga gearing. Jadi jom tengok graf di bawah.

Pecutan

Senang je baca graf ni. Di paksi Y ada tork dan paksi X ada halaju kereta. Kedudukan plot gear 1, 2, 3, 4, 5, dan 6 ada ditunjukkan dalam graf. Graf hitam pula ialah garisan ideal dimana pecutan maksimum boleh berlaku dan kalau CVT digunakan, ini ialah garisan yang akan dibuat. Tapi dalam graf ini kita menggunakan transmisi 6 kelajuan. Disebabkan ratio gear 1 tinggi, maka tork pada gear 1 besar. Tapi sebaik saja enjin berputar pada RPM maksimum pada 6000 RPM di mana kuasa kuda maksima dihasilkan, gear perlu ditukar kepada gear 2 untuk mendapat pecutan.

Katakan gear 1 kelajuan maksima ialah 30km/j, untuk pergi lebih laju gear 2 perlu digunakan. Klac dilepaskan, gear ditukar dan pecutan disambung. Jadi pecutan terhenti sekejap seperti yang ditunjukkan oleh anak panah biru. Sebaik sahaja gear ditukar, enjin terpaksa memulakan pecutan pada 5000 RPM. Keadaan ini menyebabkan kuasa enjin tidak digunakan secara maksima. Jika CVT digunakan, enjin akan kekal 6000 RPM dan CVT akan menghasilkan gear maya untuk dipadankan dengan halaju.

Tapi tak semua pemandu suka bunyi enjin yang dipadankan dengan CVT. Apatah lagi jika kereta yang dibeli ialah kereta sukan yang berharga RM 200,000. Mereka lebih suka dengar penukaran gear dibuat, enjin meraung pada RPM tinggi sebelum gear ditukar, dan segala getaran dan bunyi bising yang dihasilkan. Jadi dengan ada gear yang banyak, ia akan menghasilkan gear yang rapat dan berada hampir dengan garisan ideal berwarna hitam

Jadi untuk menghasilkan pecutan yang tangkas, anda perlukan enjin yang berkuasa dan tork yang tinggi untuk melakukannya dengan pantas. Seperti Volvo XC40 di atas, enjin 2000cc ini menghasilkan 350Nm tork untuk dipadankan dengan gear 8 kelajuan automatik. Percayalah ia amat menyeronokkan untuk bermain 8 ratio kelajuan dengan 350Nm tork.

Kecekapan Bahan Api

Graf kedua yang kita nak kaji ialah graf Brake Spesific Fuel Consumption (DSFC). Di paksi Y kita ada graf Tork dan di paksi X kita ada graf RPM. Dalam contoh di atas terdapat 3 BSFC yang berbeza . Hijau paling jimat, biru muda kurang jimat dan kelabu paling tak jimat bahan api. Strategi pemandua ialah kita nak enjin beroperasi pada RPM yang rendah dan menghasilkan tork yang tinggi.

Namun jika kereta hanya ada 4 gear sahaja, sebaik sahaja kita memandu pada halju yang tinggi, kita akan memaksa enjin bekerja di RPM yang tinggi dan tork yang rendah disebabkan ratio gear yang tidak cukup rendah. Lebih banyak gear yang kita ada, lebih banyak peluang untuk kita pastikan enjin sentiasa beroperasi di zon hijau dan kita akan sentiasa memandu dalam keadaan jimat.

Strategi CVT pula ialah ia akan cuba memaksa enjin sentiasa beroperasi di zon hijau dengan sentiasa mengubah ratio gear kepada halaju kereta setiap masa. Jadi jika anda tidak mahu gunakan CVT, strategi menggunakan nisbah gear yang banyak membantu enjin bekerja dalam keadaan efisyen walaupun dipandu dengan laju.

Gear Spread atau Keberkesanan Gear yang banyak

Bayangkan anda mereka kereta dengan menggunakan 4 gear auto sahaja. Di sini masalah akan mula timbul apabila kita ingin menyelerakkan gear bagi memenuhi semua keadaan pemandua. Gear yang bagus beruoaya memenuhi pecutan dari statik, memberikan daya pecutan pada RPM pertengahan dan juga sangat efisyen bila dipandu laju. Dengan hanya 4 ratio, susah nak oenuhi semua keperluan

Jika anda reka gear tersebut untuk pecutan yang bagus, maka anda akan korbankan kecekapan penggunaan petrol pada RPM yang tinggi. Jadi jangan hairan kalau pada halaju 110km/h RPM anda sudah mencecah 4500 RPM. Kalau anda pentingkan kecekapan enjin pada RPM yang tinggi, kereta anda akan merana pada RPM yang rendah. Silap haribulan Viva pun boleh cilok depan anda. Sudah la pecutan awal tak cukup, gear 2 dan 3 pun lemau. Malas nak bagi contoh, kang ada yang sentap

Bagi mengatasi masalah enjin beroperasi pada RPM tinggi ketika memandu laju, biasa enjin ini bergantung pada mekanisma pemaasatan injap berkembar bagi mengekalkan penjimatan bahan api. Dengan gear yang banyak, jurutera boleh menggunakan 2 gear awal untuk pecutan dari keadaan statik, 3 gear pertengahan untuk pecutan pada mid range RPM dan 3 gear akhir untuk halaju yang tinggi.

Semakin banyak gear, prestasi pecutan dan penjimatan bahan api yang ditawarkan adalah lebih baik. Ia juga menawarkan penggunaan enjin pada tahap yang sangat efisyen bagi tujuan pecutan dan juga halaju yang tinggi.

Google ads
Back to top button