Buletin

MAZDA CX-5 TERBARU DILANCARKAN (2017) – HARGA BERMULA RM134,000

Sejak diperkenalkan ke pasaran pada tahun 2012, CX-5 terus mencatat jualan memberangsangkan dan sehingga kini SUV itu menyumbang sebanyak 25 peratus daripada jualan keseluruhan Mazda. Dipasarkan di hampir 120 buah negara, lebih 1.4 juta CX-5 sudah terjual di seluruh dunia.

Tidak dinafikan lagi, ia adalah model Mazda yang sangat penting. Justeru, pembaharuannya ditunggu-tunggu oleh peminatnya di seluruh dunia.

Debut Asia model 2017 Mazda CX-5 telah berlangsung sebentar tadi di bertempat di pusat pemasangannya di fasiliti Mazda di Kulim, Kedah.

Dari segi luaran, falsafah rekaan KODO – Soul of Motion dilihat semakin matang. Memang betul, cantik atau tidak itu bersifat subjektif. Tetapi sukar untuk menafikan bahawa CX-5 baharu ini cukup menarik perhatian.

BACA: PANDU UJI MAZDA CX-5 2017 DI JEPUN

Ditambah dengan warna Soul Red Cystal, versi warna Soul Red Metallic yang lebih maju. Menggunakan teknologi cat Takaminuri, warna tersebut sangat menyerlah. Perubahan ketara dapat dilihat pada bahagian gril hadapan dengan rekaan jeriji lebih halus. Ia kemudian dipadankan dengan sepasang lampu utama LED yang nipis.

Pilihan enjin pada CX-5 tidak banyak berubah berbanding model terdahulu. CX-5 terus menggunakan enjin petrol SKYACTIV-G bersesaran 2.0 dan 2.5 liter, selain enjin diesel SKYACTIV-D 2.2 liter.

Selain bahagian luaran, ruang kabin CX-5 menerima peningkatan yang bukan sedikit. Material yang digunakan kini jauh lebih premium. Malah boleh dikatakan setaraf dengan kualiti yang didapati pada model Lexus, Audi atau mungkin Mercedes-Benz. Kemasannya membuatkan anda ingin duduk seketika untuk menyentuh dan meneliti secara lebih dekat.

Berikut ialah senarai harga Mazda CX-5 2017 baru

  • Mazda CX-5 2017 2.0 GL 2WD:RM 134,205.50
  • Mazda CX-5 2017 2.0 GLS 2WD:RM 148,205.50
  • Mazda CX-5 2017 2.5 GLS 2WD:RM 160,596.70
  • Mazda CX-5 2017 2.2D GLS 2WD:RM 164,179.10
  • Mazda CX-5 2017 2.2D GLS AWD:RM 174,779.10
Google ads
Back to top button