Artikel Pilihan

MAZDA FAILKAN PATEN ENJIN BARU, SKYACTIV-X DENGAN PALAM PENCUCUH BERKEMBAR

Mazda dilaporkan telah membangunkan sebuah lagi enjin baru yang berasaskan enjin SkyActiv-X dengan pengenalan palam pencucuh berkembar. Satu fail paten telah ditemui oleh laman sesawang CarBuzz telah difailkan di US Patent and Trademark Office (USPTO) menunjukkan enjin pencucuhan terkawal yang berasaskan mampatan spark-controlled compression ignition (SCCI).

Mazda telah telah menambah baik enjin ini dengan penambahan satu lagi palam pencucuh bagi kecekapan enjin yang lebih bagus, pemasaan yang lebih tepat dan sekata. Hasilnya enjin SkyActiv-X generasi baru ini menghasilkan lebih banyak kuasa dengan penggunaan petrol yang lebih sedikit

Pada tahun 2019, enjin SkyActiv berfungsi dengan menggunakan konsep yang sama seperti enjin diesel, dengan pencucuhan dinyalakan oleh haba yang terhasil daripada mampatan udara dan juga petrol. Kaedah pembakaran sebegini mengurangkan pelepasan gas Nitrogen Oksida serta proses pembakaran lebih cepat.

Walaubagaimanapun sistem ini paling efisyen dalam keadaan santai dan RPM yang rendah kerana enjin akan terdedah pada fenomena knocking pada RPM yang tinggi. Bagi mengatasi masalah ini, palam pencucuh telah dipasang oleh Mazda bagi kegunaan enjin dimana pembakaran tadi akan dimulakan oleh palam pencucuh bukannya self iginite seperti enjin diesel.

Bagi generasi terkini enjin SkyActiv-X, enjin petrol ini boleh beroperasi seperti enjin diesel pada RPM rendah, pada halaju rendah dengan mematikan terus fungsi palam pencucuh dan diberi nama Homogeneous Compression Charge Ignition (HCCI). Dalam keadaan ini haba dan tekanan akan memulakan pembakaran di dalam enjin bagi penjimatan petrol maksimum

Namun ketika enjin diperah pada RPM yang tinggi, pencucuhan bahan api akan dimulakan oleh 2 palam pencucuh. Satu yang berada dalam silinder dan satu lagi yang berada dalam pre-chamber berada di atas silinder yang boleh menyemburkan 3 semburan api bagi memastikan semua bahan api dalam silinder terbakar.

Ketika lejang ambilan berlaku, ECU akan menetapkan masa yang sesuai untuk menyuntik sedikit bahan api ke dalam pre-chamber yang akan bercampur dengan udara secara swirl. Campuran udara dan petrol ini tadi akan dimampatkan, memasuki silinder melalui lubang khas di sekeliling palam pencucuh.

Proses pembakaran akan dimulakan di dalam silinder utama dan serentak itu juga di dalam pre chamber yang akan membakar petrol dan udara tadi menjadi super-hot plasma dan disembur keluar ke silinder utama dan melajukan proses pembakaran supaya berlaku dengan lebih pantas yang akan mengurangkan lagi pencemaran asap.

Kedua dua palam pencucuh ini boleh dinyalakan serentak atau berasingan bagi mengawal proses pembakaran dimulakan dan mengelakkan masalah knocking. Proses pembakaran samaada SPPCI atau HCCI akan berlaku dan bertukar dengan lancar berbanding dengan enjin SkyActiv-X yang awal.

Walaupun Mazda telah memulakan inisiatif enjin hibrid dan juga teknologi kereta elektrik, sistem enjin SkyActiv-X yang baru ini menunjukkan Mazda masih lagi menerajui dalam bidang pembangunan enjin pembakaran dalam yang lebih berkuasa dan efisyen.

Google ads
Back to top button