Artikel PilihanBuletin

MAZDA MIATA ELEKTRIK? NANTI BOLEH TENGOK MASA JAPAN MOBILITY SHOW

Mazda Motor Corporation nampaknya agak sibuk beberapa bulan ini, kerana selepas melancarkan model Mazda Miata MX-5 ND3, Mazda 3 facelift dan juga Mazda 6 facelift terdapat ura-ura mengatakan yang mereka sedang membangunkan model terbaru Mazda Miata.

Walaupun masih lagoi dalam konsep pembangunan, Mazda mengatakan model konsep terbaru ini akan ditayangkan di Japan Mobility Show bersama-sama dengan model lama iaitu ND3. Berdasarkan imej acah yang ditunjukkan pada tahun lepas, model konsep ini akan mengetengahkan konsep scissor door coupe

Dinamakan sebagai Vision Study Model merupakan percubaan dan kajian menyeluruh konsep elektrik Mazda, dengan model konsep pada tahun ini menggunakan rekaan lampu belakang sama seperti tahun lepas.

Berdasarkan aktiviti facelift Mazda Miata MX-5 ND3 baru baru ini, kita boleh jangkakan yang kereta sport kompak ini akan terus dihasilkan dalam tempoh yang lama sebelum model baru masuk menggantikannya. Sebagai rekod model Miata NC telah dihasilkan dalam tempoh sepuluh tahun sebelum digantikan dengan model ND.

Model terbaru Miata yang sedang dibangun ini akan menggunakan komponen elektrik dan besar kemungkinan ia akan menggunakan teknologi hibrid. Ini kerana Mazda menuyasarkan untuk menghasilkan dan menjual 25% kenderaan elektrik menjelang tahun 2023 dan selebihnya merupakan hibrid.

Dedikasi yang ditunjukkan oleh Mazda ini membayangkan Mazda Miata akan wujud dalam bentuk elektrik sepenuhnya nanti namun apa yang menarik ialah kita berpeluang melihat bagaimana Mazda Miata dipacu dengan motor elektrik dan bateri namun mengekalkan cesi yang ringan serta sedap dipandu

Google ads
Back to top button