
SHELL MALAYSIA JALIN KERJASAMA DENGAN LIM TAYAR, TINGKAT MUTU PERKHIDMATAN DI SHELL
Dalam meningkatkan mutu perkhidmatan di Shell, Shell Malaysia baru-baru ini mengumumkan menjalin kerjasama bersama Lim Tayar, sebuah penyedia servis kereta terkemuka di Malaysia.
Menurut Shell Malaysia, kerjasama terbabit bakal mengubah lanskap penyelenggaraan kenderaan dengan menawarkan pengalaman yang lebih baik untuk para pemilik kenderaan.
Jalinan usahasama ini bertujuan meningkatkan pengalaman serta kepuasan, di mana pemilik boleh menikmati servis kenderaan dengan alat ganti asli, berkualiti tinggi, selain menggunakan minyak enjin Shell.

Jelasnya lagi, pelanggan tidak perlu khuatir apabila menghantar kenderaan mereka di Pusat Servis Shell Helix kerana ia diuruskan oleh pasukan professional bertauliah. Ini bagi memastikan semua penyelenggaraan kenderaan menepati piawaian kualiti yang tertinggi.
Selain itu, perkhidmatan ditawarkan kepada pelanggan termasukkah pemeriksaan 17- titik percuma, meliputi aspek servis interim dan menyeluruh, melibatkan elemen penting seperti menukar minyak brek, palam pencucuh, bateri, tayar, memeriksa transmisi minyak serta lain-lain lagi.
Shell dan Lim Tayar kini mempunyai 5 Pusat Servis Shell Helix di sekitar Lembah Klang, dengan pusat servis pertama di SH Bangi 1, diikuti Shell Jalan 222 Petaling Jaya, Shell Jalan Cheras BT 12 1/2, Shell Jalan Cheras Batu 4 dan Shell Bandar Sri Damansara 3.

Sementara, lima lagi pusat servis bakal dibuka menjelang hujung tahun ini di Jalan Gasing PJ, SH Persiaran Sultan Ibrahim, Shell Shah Alam Seksyen 16, Shell Jalan Ampang KL Bound dan Shell Salak South.
Sempena pelancaran ini, Shell dan Lim Tayar menawarkan pelbagai pakej eksklusif kepada pelanggan. Bagi setiap pembukaan pusat servis baharu, 5 pelanggan terawal akan menikmati promosi “Beli 1, Percuma 1’ untuk tayar terpilih setiap hari untuk 7 hari yang pertama.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Servis Shell Helix yang dioperasikan oleh Lim Tayar, sila layari https://www.shell.com.my/motorists/inside-our-stations/shell-helix-oil-change.html