
UD TRUCKS LANCAR RANGKAIAN QUESTER DAN CRONER EURO 5 BAHARU
UD Trucks dan rakan pengedar tunggal jenama itu di Malaysia, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE) hari ini melancarkan rangkaian Euro 5 baharu iaitu Quester serta Croner.
Kedua-dua jentera ini berupaya meningkatkan masa operasi lebih cekap, mengoptimumkan kos pemilikan serta mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

Tambahnya, Euro 5 Quester dan Croner baharu ialah model direka khusus untuk pasaran luar Jepun, terutamanya untuk negara yang menuju ke arah mematuhi piawaian antarabangsa dalam usaha membendung pencemaran serta kualiti udara.
Rangkaian Euro 5 baharu ini menampilkan teknologi Selective Catalytic Reduction (SCR), sekali gus memberi perlindungan kepada persekitaran dan penjimatan bahan api yang ketara.
Bukan itu sahaja, Euro 5 juga menawarkan kecekapan bahan api dan pelepasan CO2 lebih rendah berbanding trak Euro 3 semasa.

Selain daripada teknologi SCR, trak ini turut dilengkapi dengan kluster instrumen baharu dan didatangkan bersama UD telematics serta transmisi manual automatik ESCOT
Bagi Croner pula, ia menawarkan kebolehpercayaan dan serba boleh melalui reka bentuk yang aerodinamik selain, dipadankan dengan transmisi automatik Allison.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.udtrucks.com.
- BACA: PEMBUAT KENDERAAN CHINA, JAC, BAKAL PRODUKSI ‘KLON’ TRAK SEMI TESLA
- BACA: MERCEDES-BENZ ACTROS L EDITION 3, 400 UNIT SAHAJA, TRAK PUN ADA EDISI TERHAD!
- BACA: PENGELUAR TRAK ELEKTRIK NIKOLA HENTI 270 ORANG PEKERJA
- BACA: JEPUN BAKAL SEDIAKAN LALUAN EKSPRESS KHAS UNTUK TRAK AUTONOMI – INI BARU NEGARA MODEN