
Buletin
MAZDA3 DAH SAMPAI! HARGA RASMI BERMULA RM139,770.
Bakal dilancarkan dalam tempoh dua minggu lagi, Bermaz Motor, pemegang hak jenama Mazda di Malaysia hari ini membuat kejutan dengan mempamerkan Mazda 3 baharu untuk tatapan umum.
Model sedan 1.5L dan hatchback high plus 2.0 kini sudah boleh dilihat di dua pusat pameran Mazda iaitu di Glenmarie, Shah Alam dan Mazda Petaling Jaya (bersebelahan Lebuhraya Persekutuan)
Pelanggan Mazda terpilih telah dijemput melihat lebih awal malam pihak media juga telah dimaklumkan semalam mengenai kehadiran model pemasangan Jepun sepenuhnya (CBU) ini.

Berikut ialah ciri-ciri menarik pada model generasi baharu Mazda 3.
- Hubungan di antara pemandu dan kereta ditingkatkan lagi dengan beberapa penambahbaikan seperti larasan stereng teleskopik yang lebih luas untuk penyesuaian kedudukan pemandu. Larasan ditambah 10mm lebih menjadikan julat perubahan sehingga 70 mm.
- Lokasi gear dianjak ke hadapan dan lebih tinggi supaya pemandu lebih mudah untuk mengalih tangan dari stereng semasa penukaran gear
- Bahagian dalam direka mengikut konsep horizontal simetri dan setiap elemen diposisikan supaya menghadap pemandu
- Konsep less is more adalah evolusi kepada gayaan Kodo dengan reka bentuk ringkas dan minimalis
- Walaupun ringkas tetapi masih canggih dengan paparan LCD berukuran 8.8 inci yang mengandungi pelbagai fungsi dan maklumat
- Bahagian dalaman lebih senyap melalui konsep binaan dua dinding iaitu panel badan kereta dan karpet. Kedua-duanya memainkan peranan penting terutama sekali karpet apabila ia bukan sekadar hiasan malah menjadi penebat bunyi yang direka untuk saling melengkapi.
- Gayaan wajah Mazda terkini iaitu lampu halus atau “sepet” dengan gril besar
- Model hatchback tampil dengan gayaan menggoda dengan pendekatan baharu dalam bentuk tiang C
- Pasukan pereka mahukan sebuah model hatchback yang tampil jelas dan solid pada masa sama masih anggun
- Model sedan pula mengambil semula falsafah kereta penumpang sebelum ini melalui tiga pembahagian iaitu bonet enjin, penumpang dan but dalam masa trend sekarang ialah sedan ala fastback
- Hasilnya ialah sebuah sedan yang tampak matang, kemas dan elegan
- Lampu belakang dua silinder adalah pendekatan segar untuk sebuah hatchback massa
- Reka bentuk lampu minimalis pula adalah evolusi baharu falsafah gayaan Kodo
- Dua pilihan roda mengikut varian iaitu tayar bersaiz 205/60R16 (untuk versi 1.5) dan 215/45R18 (untuk versi 2.0)
- Pilihan enjin ialah Skyactiv-G 1.5 liter, transmisi auto enam nisbah kelajuan serta kuasa 114 hp dan daya kilas 150 Nm dan Skyactiv-G 2.0 liter, transmisi auto enam nisbah kelajuan dengan kuasa 162 hp dan daya kilas 210 Nm.

GALERI