Peranti

MENANGI MAZDA2 DENGAN LAZADA

Gedung beli-belah dalam talian utama di negara ini, Lazada Malaysia meraikan ulang tahun pertamanya dengan penuh gaya menerusi peraduan Giveaway Extravaganza. Peraduan ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan yang memberi sokongan selama ini. 

Biarpun baru setahun beroperasi, Lazada Malaysia menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan apabila pangkalan pelanggannya berkembang sebanyak 20 peratus dari bulan ke bulan.

LAZADA 03

“Peraduan Giveaway Extravaganza adalah satu inisiatif  untuk menghargai para pelanggan di Malaysia melalui pendekatan yang menyeronokkan,” kata, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Igor Pezzilli.

Peraduan  yang bermula pada 20 Mei hingga 20 Jun 2013 ini menawarkan hadiah bernilai lebih  RM120,000, termasuklah sebuah kereta Mazda2 hatchback!

Anda tidak perlu menghantar borang penyertaan. Jika berminat, hanya daftar dengan surat berita Lazada di laman webnya untuk menyertai peraduan dan menangi hadiah harian berupa baucar beli-belah Lazada bernilai sehingga RM300.

SONY DSC

Mereka yang berbelanja dari jumlah minimum RM25 berpeluang memenangi hadiah mingguan bernilai sehingga RM2,799. Sementara peserta yang berbelanja RM50 dan ke atas berpeluang memenangi hadiah utama.

Selain itu, pemegang BCard turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah lain apabila menggunakan kad  tersebut semasa tempoh peraduan. Senang sahaja bukan?

Sempena ketibaan musim perayaan tidak lama lagi, Lazada Malaysia akan menambah ganjaran kepada pelanggannya melalui kempen Syoknya Raya Bersama Lazada. Kempen ini akan menawarkan pelbagai produk bermutu seperti aksesori bilik tidur, peralatan dapur, buku agama, buku masakan, fesyen serta tawaran eksklusif barangan elektronik.

LAZADA 02

“Rangkaian produk Raya kami yang eksklusif akan mula dijual pada 1 Jun 2013. Ini bagi membolehkan para pelanggan memilih dan menerima pembelian mereka dengan cepat,” tambah Pezzeli.

Dalam masa hanya setahun, Lazada telah berjaya melaksanakan beberapa kempen. Misalnya bekerjasama dengan MasterCard yang membolehkan para pelanggan menerima ganjaran setiap hari Isnin selama enam bulan apabila mereka membeli belah di Lazada menggunakan kad kredit Mastercard mereka.

Berikutan kejayaan kempen ini,  Lazada dan Visa akan melaksanakan program yang sama mulai 1 Jun 2013. Para pelanggan akan dapat menikmati diskaun setiap hari apabila mereka membeli produk di Lazada Malaysia menggunakan  Visa.

SONY DSC

Kejayaan Lazada adalah hasil daripada keupayaan mereka menyediakan perkhidmatan yang belum pernah ditawarkan di Malaysia sebelum ini. Perkhidmatan ini termasuklah penghantaran percuma ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, dasar pemulangan dan pertukaran dalam masa 14 hari serta jaminan harga terendah. Pada masa yang sama mengekalkan jaminan penuh pengeluar untuk semua produk mereka.

Perkhidmatan bayar waktu terima turut disediakan di Lembah Klang dan sesetengah kawasan di Semenanjung Malaysia. Para pelanggan boleh menyemak sama ada mereka layak dengan memasukkan poskod mereka semasa mendaftar keluar.

Maklumat lanjut tentang peraduan Giveaway Extravaganza dan Lazada Malaysia boleh didapati di laman web: http://www.lazada.com.my, atau ikuti laman Facebook:  https://www.facebook.com/LazadaMalaysia.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button