Buletin

KEUPAYAAN NISSAN 4×4 DIUJI!

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah menganjurkan Jurassix Park 2013 iaitu satu pengembaraan 4×4 mengujakan di Miri, Sarawak pada 24 – 26 Mei 2013 lalu. Acara ini terbuka kepada semua pelanggan Nissan di Malaysia Timur, terutama mereka yang memiliki model 4×4 seperti Nissan Navara, Frontier dan X-Trail. 

Seramai 78 orang peserta menyertai cabaran laluan off-road ini yang menyaksikan sebanyak 35 unit kenderaan 4×4 mengharung laluan berbonggol dan berlumpur. Ini merupakan kali pertama Nissan Jurassix diadakan di Malaysia Timur yang memberi peluang kepada para peserta untuk meneroka prestasi jentera 4×4 mereka.

Group photo at Nissan Village site

ETCM telah menganjurkan program sama di Semenanjung Malaysia sejak tahun 2004. Acara di Miri merupakan program keenam sejak ia mula-mula dianjurkan.

Pada hari pertama dan ketiga dalam program yang berlangsung selama tiga hari itu, orang ramai dapat merasai pengalaman memandu Nissan Navara 4×4 di laluan yang disediakan. Bagi kebanyakan mereka, kuasa sebenar dan kemampuan Nissan Navara sangat mengagumkan!

20130525-DSC_0901

Sementara pada hari kedua pula, pertandingan “Search for the 4×4 Off Road Warrior Challenge” diadakan. Ini merupakan acara utama yang dikhaskan untuk pemilik kenderaan 4×4 Nissan.

Menyatakan keterujaannya terhadap acara ini, Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk David Chen berkata, “Program ini sangat bermanfaat kepada para pemilik untuk benar-benar memahami ciri-ciri serta kemampuan jentera 4×4 mereka.  Ini merupakan salah satu daripada banyak program yang kami anjurkan untuk semua pelanggan setia. Ia juga sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka dan menjadi sebahagian daripada keluarga Nissan.” 

IMG_4060

Selain menempuh laluan yang memompa adrenalin di Tapak Nissan Village, terdapat juga cabaran-cabaran fizikal yang melibatkan pelbagai peringkat demi menguji kemampuan dan ketahanan setiap peserta ketika bersaing di antara satu sama lain untuk tiba ke garisan penamat.

Keseronokan aktiviti-aktiviti itu ditambah dengan cabutan bertuah yang diadakan sewaktu majlis makan malam dan penyampaian hadiah di Hotel Parkcity Everly. Nilai keseluruhan hadiah wang tunai, baucar dan cabutan yang diberikan kepada para pemenang dianggarkan berjumlah RM16,000!

DSC_1097

Dalam mencari “4×4 Off Road Warrior”, pemenang bertuah dalam pertandingan ini ialah Samuel Iwat dan Joshiah Abun Samuel. Mereka tidak hanya membawa pulang wang tunai dan baucar bernilai RM1, 200 malah turut memenangi rim Impul FS-16 bernilai RM 4,000 pada pusingan akhir cabutan bertuah.

Nissan Navara diterima baik terutama di Malaysia Timur. Dengan tork maksimum mencecah 403Nm/2000rpm, Nissan Navara sememangnya dikenali kerana sifatnya yang kuat, kemampuan di laluan off-road dan keselesaan di seluruh dunia.

Nissan Navara in action

Trak ini telah memperoleh pelbagai anugerah berprestij di Malaysia sejak ia dilancarkan. Antaranya:

  • Best Value for Money Pickup Truck, Asian Auto – VCA Auto Industry Awards 2009 and 2010.
  • Winner – Pickup Category, Autocar Asean Car of the Year Awards 2009.
  • The Best Speed Bump Killer – NewMan RPM Awards 2009.
  • Truck of the Year- Wheels Weekly / Live Life Drive Car of the Year 2011 & 2012.
  • Pickup Truck of the Year – New Straits Times / Maybank COTY Awards 2011.

Maklumat lanjut mengenai model-model Nissan di Malaysia, layari laman web:  www.nissan.com.my.

[hr] Galeri

20130524-DSC_020920130524-DSC_022120130524-DSC_022320130524-DSC_026220130525-DSC_0614All Nissan Navaras are set for the challengeIMG_3487Getting all muddy

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button