MERCEDES AKAN CANTAS BEBERAPA MODEL TERMASUK SPORT COUPE, WAGON & CLS
Syarikat Mercedes Benz dijangka akan mencantas beberapa model yang ditawarkan dalam barisan penawaran produk mereka. Antara model yang terlibat termasuklah kereta sport 2 pintu, wagon dan juga SUV dan akan digantikan dengan model yang lebih mewah seperti AMG dan juga Maybach.
Langkah ini bertujuan memberikan lebih banyak kebebasan pada model yang lebih mewah yang hanya menawarkan model yang pasti memberikan keuntungan besar kepada Mercedes. Satu ketika dulu antara kesilapan Mercedes ialah menawarkan model mampu milik yang mencairkan jenama Mercedes sebagai jenama mewah
Model wagon terpaksa ditamatkan selepas Mercedes mendapati ia tidak membawa keuntungan seperti yang dijangka. Fokus utama Mercedes ialah Personal Mobilty Services, dengan fokus lebih banyak keselesaan kepada penumpang.
Model C-Class akan ditamatkan secara perlahan-lahan di Eropah mulai tahun 2028. Bagi varian yang lebih besar, E-Class pula akan ditamatkan mulai tahun 2030 termasuklah model wagon yang ditawarkan dalam E-Class. CLA Class pula hanya akan ditawarkan dalam varian elektrik sahaja.
Bagi model prestasi tinggi, tahun 2023 masih memberikan sinar keoada model Mercedes-AMG GT dengan menerima beberapa ciri tambahan mewah ala-ala Maybach. Generasi terbaru Mercedes AMG SL pula akan dihasilkan pada tahun 2026 dan varian GT akan dihasilkan dalam bentuk elektrik sahaja
Daripada 33 model yang ada sekarang, hanya 14 model yang akan kekal dan diberikan trenkuasa elektrik

