
BAHAYA TERSEMBUNYI PADA KERETA ELEKTRIK, RISIKO KEMATIAN BILA KEMALANGAN
Memang tidak dapat dinafikan kereta elektrik adalah pilihan alternatof setakat ini bagi menangani isu karbon neutral dengan lebih banyak pemandu bertukar daripada kenderaan dengan jin pembakaran dalam kepada kereta berkuasa elektrik. Namun tak semua isu berkenaan dengan kereta elektrik adalah positif terutama apabila berkait dengan isu keselamat
Ketua National Transportation Safety Board, Jennifer Homendy menyatakan masalah terbesar dengan kereta elektrik adalah berat kenderaan itu sendiri boleh menyebabkan risiko kemalangan maut berlaku. Sebagai contoh Hummer EV dengan berat sekitar 4082kg
Sebahagian besar berat ini disumbangkan oleh berat bateri dan dalam kes Hummer EV ini tadi berat bateri adalah sama seperti sebuah Honda Civic generasi terkini. Walaupun berat, bateri ini hanya memberikn jarak perjalanan sekitar 480km untuk sekali caj penuh
Selain daripada masalah berat, varian EV juga cenderung untuk dijual dengan harga lebih mahal berbanding dengan varian yang dipasang dengan enjin pembakaran dalam. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah jualan SUV yang besar dan berat mendominasi carta jualan kereta sedan dan menjadi trend pemilihan kereta baru secara global
Berbalik kepada Hummer EV tadi, ia adalah satu contih yang ekstrim sekiranya Hummer EV berlanggar dengan kereta kompak dimana berat Hummer tadi mampu menjejaskan struktur keselamatan cesi yang ada pada kereta kompak.
Dalam satu laporan tidak rasmi mendapati, jika sebuah kenderaan memiliki berat 453kg lebih berbanding dengan sebuah lagi kereta dan terlibat dalam kemalangan, kemungkinan besar penumpang yang berada dalam kereta yang lebih ringan boleh maut akibat kemalangan.
Secara ringkas, berat SUV boleh menjadi punca kes kemalangan maut. Malah dengan tren SUV yang berat apabila dipasang dengan bateri memburukkan lagi keadaan ini. Disebabkan isu ini, penyelesaian yang paling efektif dimasa depan ialah dengan menghasilkan bateri yang lebih ringan bagi mengurangkan berat keseluruhan SUV berkuasa elektrik walaupun ia tidaklah mudah seperti yang dijangka


