MERCEDES TAYANG ENJIN V12 UNTUK S680 MAYBACH, SEMPENA ULANG TAHUN KE 100
Maybach iaitu sub jenama Mercedes untuk varian yang lebih mewah bakal menyambut ulang tahun ke 100 pada tahun ini. Mereka menyambut ulang tahun ini dengan menyiarkan gambar acah model Maybach S680 S Class dengan enjin V12, satu petanda jelas yang sedan ultra mewah ini akan dikuasakan dengan enjin 12 silinder
Buat masa sekarang Maybach hanya menawarkan 2 model iaitu GLS600 2021 dal S580 2021 dengan kedua-dua model dikuasakan dengan enjin V8 turbo berkembar. Model S580 dibantu dengan sistem hibrid 48V untuk menghasilkan lebih kuasa dan mengurangkan pencemaran asap
Buat masa sekarang Mercedes mengesahkan kewujudan model Maybach S680 yang dikuasakan dengan enjin V12. Walaupun tiada sebarang spesifikasi yang didedahkan, namun kai merasakan enjin V12 ini adalah versi kemaskini kepada enjin V8 turbo berkembar dengan kuasa yang lebih tinggi