Buletin

MAKMAL ‘TERBANG’ TERBESAR EROPAH

Kelihatan seperti pesawat penumpang biasa, tetapi apabila melangkah masuk ke dalam ia merupakan makmal penyelidikan.

Pesawat dilengkapi peralatan saintifik menggantikan tempat duduk, ruang di sebelah atas dipenuhi wayar dan paip serta penumpangnya adalah pakar penyelidik dan saintis.

Jelas, ia bukanlah sebarangan pesawat, ia merupakan makmal udara paling besar di Eropah.

Makmal Udara dikendalikan Kemudahan untuk Pengukuran Atmosfera Udara (FAAM) United Kingdom boleh ditemui di ruang udara seluruh dunia.

Melalui penyelidikannya, ia membantu saintis untuk memahami cabaran seperti pencemaran udara, perubahan iklim dan cuaca yang melampau.

Ketua FAAM, Alan Wooley berkata, mengukur kesan fizikal dan kimia di atmosfera menyebabkan penyelidik mengetahui model iklim dan pemahaman mengenai perubahan iklim dari masa ke semasa.

FAAM yang juga sebahagian dari Pusat Kebangsaan untuk Sains Atmosfera mula menggunakan makmal itu pada 2005 dan sejak itu sudah melengkapkan lebih dari 15,000 penerbangan, yang meliputi sejauh 3.2 juta kilometer.

Ia tidak bermula sebagai makmal terbang, malah pesawat itu adalah pesawat penumpang komersial BAe 146 yang disusun semula.

Model sama yang pernah digunakan oleh banyak syarikat penerbangan termasuk easyJet Britain, masih digunakan untuk penerbangan serantau.

Semasa penerbangan penyelidikan, ia boleh membawa hingga 18 saintis, mencapai ketinggian 35,000 kaki dan terbang serendah 50 kaki di atas lautan, untuk lebih memahami interaksi kompleks antara atmosfera dan laut. – agensi

Google ads
Back to top button