Buletin

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA LANCAR PROGRAM MAX CERTIFIED- PLATFORM KERETA TERPAKAI

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) melancarkan program kereta terpakainya, dikenali sebagai Max Certified.

Max Certified menawarkan pengalaman pembelian kereta terpakai atau menukar beli kereta jenama Mitsubishi di seluruh pengedar MMM di seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, “Sementara MMM terus berusaha untuk memperkenalkan model baharu kepada rakyat Malaysia, kini kami menawarkan platform mudah akses bagi mereka yang berminat  membeli kereta Mitsubishi terpakai.”

Untuk rekod, semua kereta pra-milik Mitsubishi di bawah program Max Certified adalah berusia tujuh tahun dan ke bawah, dengan perbatuan tidak melebihi 180,000 km termasuk menjalani pemeriksaan menyeluruh 150 poin.

Selain itu, program ini juga didatangkan dengan jaminan selama 12 bulan, merangkumi pembaikan atau penggantian enjin, transmisi, stereng serta komponen elektrik disebabkan kerosakan mekanikal.

Sebagai tambahan, pelanggan juga akan menerima e-baucar servis bernilai RM500 ketika melakukan penyelenggaraan berkala di semua pusat servis MMM.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mitsubishi-motors.com.my/

Google ads
"
"
Back to top button