Buletin

SISMA AUTO LANCAR PUSAT 3S BYD KELAS A DI GLENMARIE. PELABURAN CECAH RM5 JUTA

SISMA Auto, kumpulan automotif premium berbilang jenama telah membuka pusat 3S BYD yang terbesar di Glenmarie, Shah Alam.

Pusat 3S yang menelan belanja sebanyak RM5 juta itu merupakan kemudahan BYD Kelas A di Malaysia. Ia menampilkan bilik pameran sembilan buah kereta dan 16 petak servis untuk memenuhi permintaan pelanggan BYD yang semakin bertambah. 

Bilik pameran kereta yang luas itu direka untuk mempamerkan semua model baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi ke pasaran tempatan. Pusat servis dengan 16 petak pembaikan ini memiliki kapasiti untuk menerima lebih 1,000 pelanggan sebulan. 

Kemudahan tersebut dilengkapi peralatan diagnosis terkini, alat dan kelengkapan khas serta kawasan simpanan dengan suhu yang terkawal untuk menyimpan komponen bateri kuasa yang sensitif. Bilik Kenderaan Tenaga Baharu turut disediakan untuk membaiki semua komponen voltan tinggi.

Pusat 3S BYD SISMA Auto juga telah mendapat pengiktirafan daripada Pengasas dan Pengerusi BYD, Wang Chuanfu, semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada 4 Mei 2023.

Pengarah Urusan Kumpulan SISMA Auto Syed Khalil bin Syed Ibrahim berkata dengan sejarah perkongsian perniagaan dengan jenama automotif  selama 30 tahun, syarikat bersedia untuk menawarkan pengalaman 3S premium kepada para pemilik BYD di Malaysia.

“Kami berbesar hati dapat menjalin hubungan perniagaan dengan BYD dan pengedarnya di Malaysia, Sime Darby Motors. Kami percaya bahawa masa depan industri automotif ialah kenderaan elektrik dan sebagai pembuat Kenderaan Tenaga Baharu (New Energy Vehicle, NEV) nombor satu di dunia, BYD berada dalam kedudukan yang terbaik untuk menjadi peneraju masa depan tenaga elektrik. 

“Sambutan terhadap BYD Atto 3 sangat menggalakkan dan kami teruja untuk memperkenalkan lebih banyak model BYD pada bulan-bulan yang akan datang.”

Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd Eagle Zhao melahirkan keyakinan terhadap potensi pasaran untuk BYD di Malaysia.

“Permintaan untuk kenderaan tenaga baharu di  Malaysia telah meningkat dengan ketara. Kami berhasrat untuk memperkenalkan teknologi terkini dan menawarkan lebih banyak pilihan untuk pengguna di Malaysia,” kata Zhao.

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Motors untuk Peruncitan & Pengedaran Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan, pusat 3S itu merupakan titik penting dalam membantu membina kepercayaan dan keyakinan terhadap jenama BYD dalam kalangan pemandu di Malaysia.    

Sempena pembukaan pusat 3S berkenaan, BYD SISMA Auto akan menganjurkan karnival istimewa untuk seisi keluarga mulai 2 hingga 11 Jun 2023. 

Karnival Electric Dreams BYD SISMA Auto akan diadakan setiap hari bermula 10am hingga 5pm. Para pelanggan dan pengunjung yang mendaftar untuk pandu uji layak menerima hadiah, makanan ringan dan cabutan bertuah. 

Pembukaan Pusat 3S BYD SISMA Auto bermakna pusat kereta mewah terpakai SISMA Auto Hub akan berpindah bersebelahan dengan premis yang sebelum ini diduduki oleh Pusat Servis dan Selekt Volvo. Perniagaan Volvo SISMA Auto kini akan berpindah ke kemudahan utama Volvo 3S yang baharu di Sungai Besi yang akan dibuka tidak lama lagi. 

Bilik Pameran Pusat 3S BYD SISMA Auto dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dari Isnin sampai Sabtu dan dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Ahad dan cuti awam.  Pusat Servis pula beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang dari Isnin sampai Jumaat dan dari 8.30 pagi hingga 12.30 petang pada hari Sabtu.  

Perkhidmatan Pelanggan boleh dihubungi melalui Tel: 03-55692260 dan emel: byd@sismaauto.com. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.byd.sismaauto.com  

GALERI

Google ads
Back to top button