Buletin

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA LANCAR PUSAT 3S DI ALOR STAR DAN LANGKAWI, TERBESAR DI UTARA

Pengedar sah MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA, JM Galeri Auto (Alor Star) baru-baru merasmikan pusat 3S baharu di Alor Star dan Langkawi.

Untuk rekod, kedua-dua bilik pameran kini merupakan bilik pameran Mitsubishi Motors terbesar di wilayah Utara.

Bilik pameran di Alor Star dan Langkawi masing-masing mempunyai keluasan 10,000 dan 2,300 kaki persegi.

Pusat 3S itu menawarkan ruang istirahat pelanggan yang selesa termasuk kemudahan seperti WIFI dan sudut kanak-kanak. Cawangan di Alor Star turut dilengkapi dengan lapan ruang servis.

Bilik pameran di Alor Star terletak di Lot 10201B, Kampung Batin Mergong, Mukim Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah.

Outlet di Langkawi pula terletak di No. 68, Pusat Perniagaan Kelana Mas Kuah, 07000 Langkawi, Kedah. Kedua-dua bilik pameran dibuka dari Isnin hingga Ahad, 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Google ads
Back to top button