
MITSUBISHI MALAYSIA CATAT JUALAN 24,315 UNIT TAHUN KEWANGAN APR 2022-MAC 2023. PALING TINGGI DALAM SEJARAH
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa ia meneruskan prestasi jualan memberangsangkan apabila menutup tirai tahun kewangan 2022 (April 2022 – Mac 2023) dengan kenaikan 27 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
MMM berjaya menjual sebanyak 24,315 uniy kenderaan dengan perkongsian pasaran 3.2 peratus. Ini sekali gus membolehkan Mitsubishi berada di tiga kedudukan tertinggi dalam senarai jualan kenderaan bukan nasional. Ia juga menjadi angka jualan tertinggi sejak penubuhannya pada tahun 2005.
XPANDER kekal menjadi MPV jenaa bukan nasional paling laris ngan pertumbuhan jualan 52.2 peratus. MMM menjual 13,794 unit XPANDER yang menyumbang kepada 57 peratus daripada jualan keseluruhan.
Trak pikap Triton turut menunjukkan kenaikan jualan sehingga 12 peratus dengan 10,520 unit dan pegangan pasaran 18 peratus. Ia menduduki tangga kedua dalam segmen trak pikap tempatan.
“Triton dan XPANDER menjadi pemangkin kepada pertumbuhan jualan kami pada tahun 2022. Kami akan terus fokus dalam menambah baik pengalaman pembelian dan servis pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda.