Buletin

CHERY OMODA 5 DAN TIGGO 8PRO SAH TIBA DI MALAYSIA JUN INI

Chery baru-baru ini mengesahkan kenderaan jenama itu bakal memasuki pasaran Malaysia pada Jun sekali gus menamatkan spekulasi bahawa model Omoda 5 serta Tiggo 8Pro sedang menjalani ujian jalan raya di sini.

Menurut kenyataan rasmi, model berkenaan bakal menerima teknologi canggih termasuk memuatkan teknologi keselamatan aktif termaju.

Model Tiggo 8Pro dilengkapi 12 ciri Sistem Bantuan ADAS antaranya;

  • Mula dan henti secara automatik
  • Kawalan Jelajah Mudah Suai ACC
  • Sistem Brek Kecemasan AEB
  • Amaran Perlanggaran Hadapan FCW

Omoda 5 pula tersedia 17 ciri ADAS, terdiri daripada Bantuan Ikut Lorong LDP dan Amaran Lintasan Belakang RCTA, yang biasanya dikaitkan dengan jenama mewah.

Ciri-ciri pintar ini bukan sahaja meningkatkan daya tarikan teknologi futuristik, malah meningkatkan juga aspek keselamatan pemanduan.

Selain itu, Omoda 5 dan Tiggo 8Pro juga dilengkapi dengan sistem pengecaman suara Cerence dalam masa nyata. Ini membolehkan kawalan multimedia serta penyaman udara lebih mudah selain, menawarkan pengalaman interaksi manusia bersama kenderaan.

Dengan ketibaan kedua-dua kenderaan baru ini, Chery bercadang menganjurkan lebih banyak acara menarik di Malaysia untuk memberi pengalaman pengguna lebih mendalam.

Pengguna Malaysia akan berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman pemanduan secara eksklusif, menawan serta mewah tidak lama lagi.

Google ads
Back to top button