Buletin

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA UMUM PELANTIKAN SHINYA IKEDA SEBAGAI CEO BAHARU

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan pelantikan Shinya Ikeda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru. Beliau akan menggantikan Tomoyuki Shinnishi yang sudah berkhidmat selama lima tahun sejak Oktober 2016.

Ikeda sebenarnya telah memulakan tugas secara rasmi di Malaysia pada 11 Oktober 2021. Sebelum itu, beliau berada di Mitsubishi Corporation, Jepun sebagai pengurus besar sejak tahun 2019.

Ikeda memulakan kerjayanya di Jepun pada tahun 1995 dan menyertai Mitsubishi Corporation pada tahun 2008. Tugasan pertama beliau adalah menguruskan pelaburan perniagaan automotif Mitsubishi di Malaysia.

Bermula pada Mac 2009 hingga May 2012, Ikeda bertindak sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Pengurus Besar MMM, mengetuai pembangunan perniagaan baharu.

Ikeda kemudian telah memegang pelbagai jawatan, serta memiliki pengalaman luas dalam bidang automotif dan kewangan di beberapa pasaran termasuklah Jepun, Indonesia, Rusia dan Jerman.

“Saya sangat teruja untuk menyertai MMM. Syarikat ini menjadi antara jenama autotif utama di Malaysia.

“Seperti yang telah diumumkan dalam Pelan Perniagaan Jangka Sederhana Mitsubishi Motors Corporation (MMC), MMC akan memberi fokus kepada pasaran ASEAN, terutamanya Malaysia,” kata Ikeda.  

Sepanjang tempoh perkhidmatan Shinnishi, MMM telah memperkenalkan pelbagai model seperti Triton baharu dan XPANDER. Hasilnya, XPANDER menjadi MPV jenama bukan nasional nombor 1 di pasaran tempatan.

Google ads
Back to top button