Buletin

MITSUBISHI MALAYSIA CATAT KENAIKAN JUALAN 91% PADA 2021. TERIMA KASIH KEPADA XPANDER

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini mengumumkan prestasi jualannya pada tahun 2021 meningkat sebanyak 91 peratus dengan 17,489 unit berbanding tahun 2020. 

Angka jualan yang memberangsangkan itu banyak disumbangkan oleh model Xpander dengan 7,397 unit. Pencapaian itu membolehkannya menjadi antara crossover tujuh tempat duduk paling laris di Malaysia. 

Trak pikap Triton juga meneruskan jumlah jualan yang baik dengan 9,268 unit, naik 34 peratus dari tahun 2020. 

“Kami di MMM komited untuk meningkatkan jumlah produksi untuk Xpander demi memenuhi permintaan pelanggan. Pertumbuhan menunjukkan bahawa kita kini dalam fasa pemulihan. 

“Masuk ke tahun 2022, kami akan terus mendengar semua maklum balas terhadap produk dan perkhidmatan daripada pelanggan dalam usaha menambah baik pengalaman pemilikan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda. 

Google ads
Back to top button