MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA AJAK PEMINAT RASAI SENDIRI KEBOLEHAN TRITON DI MITSUBISHI TRITON CHAMPION XPERIENCE
Pengedar rasmi Mitsubishi, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bakal membawa pelanggan serta para peminat untuk merasai pengalaman keupayaan Triton menerusi Mitsubishi Triton Champion Xperience.
Mitsubishi Triton Champion Xperience akan berlangsung pada 24 hingga 25 Jun dari jam 9 pagi hingga 6 petang di Tanamera Experience, Shah Alam.
Diilhamkan daripada kejayaan Asia Cross Country Rally (AXCR), Mitsubishi Motors sedia mempamerkan kebolehan Triton melalui taxi ride, di mana ia menguji sistem Super-Select 4WD II dan mod off-road.
Untuk rekod, mod off-road adalah yang pertama dalam kelas untuk Triton, terdiri daripada empat mod pemanduan Gravel, Sand, Muddy dan Rock.
Peserta terawal mendaftar bagi menyertai sesi pandu uji di laman sesawang rasmi MMM https://www.mitsubishi-motors.com.my/triton-mini-axcr/ akan menerima T-Shirt Champion Xperience eksklusif, pin tambah nilai Touch N Go RM20.
Tidak cukup dengan itu, para peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah North Face EXPLORE BARDU II.
Selain itu, pelanggan yang menempah Triton pada acara itu juga akan menikmati promosi eksklusif sah sehingga 30 Jun 2023 termasuk mendapat bekas minuman Stanley.
Harga trak pikap Triton bermula dari RM105,000 sementara, XPANDER pula diberi tanda harga bermula RM99,980 atas jalan tanpa insurans.
GALERI:
- BACA: TRAK PIKAP TRITON GENERASI BARU MUNCUL 26 JULAI INI
- BACA: MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA PAMER TRITON DAN XPANDER DIUBAH SUAI DI TOKYO AUTO SALON KUALA LUMPUR 2023
- BACA: MITSUBISHI DEDAH XRT CONCEPT. TRITON 2023 BAKAL LANCARKAN DI THAILAND JULAI DEPAN
- BACA: MITSUBISHI MALAYSIA CATAT JUALAN 24,017 UNIT TAHUN 2022. XPANDER DAN TRITON TERUS POPULAR