MITSUBISHI MOTOR MALAYSIA LANCAR PUSAT 3S BAHARU DI KEMAMAN
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), baru-baru ini melancarkan Pusat 3S Mitsubishi Motors baharu di Kemaman, Terengganu.
Diuruskan oleh Okuan Motors, pusat 3S baharu ini menawarkan pusat servis serba lengkap dengan tiga ruang servis.
Mempunyai keluasan 5,000 kaki persegi, ia turut menyediakan persekitaran inklusif seperti ruang istirehat, kemudahan wifi serta sudut untuk kanak-kanak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, Okuan Motors komited untuk meningkatkan tahap pengalaman pelanggan dengan perkhidmatan jualan dan selepas jualan di Terengganu.
Tambah beliau, “Pelancaran bilik pameran hari ini adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kerana kami melihat potensi besar dalam pertumbuhan perniagaan, terutamanya trak pikap Triton dan XPANDER tujuh tempat duduk.”
Okuan Motors terletak di No. F-56-57-58-G, Jalan Raja Udang 2, Kemaman River Front, Biz Centre, 24000 Cukai, Terengganu.
Bilik pameran dibuka dari hari Sabtu hingga Rabu dari 8.45 pagi hingga 5.15 petang, manakala pada hari Khamis akan mulai beroperasi dari 8.45 pagi hingga 5.00 petang.
- BACA: SENGAJA PARKIR DI TENGAH JALAN DI KLIA, PEMANDU TENANG HISAP ROKOK SAMBIL MEMERHATI KESESAKAN
- BACA: TOYOTA PRIUS PHEV UNTUK JEPUN, ALTERNATIF SEBELUM KERETA ELEKTRIK!
- BACA: NISSAN LEAF 2023 FACELIFT. BERMULA RM168K, JARAK GERAK 311KM. PROGRAM LANGGANAN 3 TAHUN, CUMA RM1.8K SEBULAN
- BACA: MITSUBISHI MALAYSIA CATAT JUALAN 24,017 UNIT TAHUN 2022. XPANDER DAN TRITON TERUS POPULAR