Buletin

100,000 UNIT MITSUBISHI TRITON TERJUAL, PELANGGAN BERTUAH TERIMA HADIAH DIESEL BERNILAI RM27K!

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru sahaja menjual trak pikap Triton ke-100,000 unit di negara ini. Bagi meraikan kejayaan itu, MMM menghadiahkan diesel untuk 100,000km bernilai RM27,000 kepada pelanggan bertuah ke 100,000 iaitu Muhammad Faerus, seorang pemasang panel solar.

Pada 2021, MMM menjual 17,489 unit kenderaan dengan Triton menyumbang 53 peratus daripada jumlah jualan syarikat. Angka itu membantu syarikat mengekalkan perkongsian pasaran sebanyak 22 peratus dalam segmen trak pikap walaupun berdepan pandemik dan persaingan.

“Pelanggan Triton kami datang daripada semua lapisan masyarakat melibatkan pemilik perniagaan, peminat off-road dan pengguna tujuan gaya hidup. Selama bertahun-tahun, dengan teknologi dan fungsi Triton yang dipertingkatkan, ia telah memberi inspirasi kepada pemilik untuk menyahut cabaran dan menolak keterbatasan dalam mencipta perjalanan hidup yang menarik, sambil memenuhi impian dan cita-cita mereka.

“Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada komitmen pengedar sah dan rakan kongsi perniagaan MMM. Terima kasih juga kepada kerajaan Malaysia dan rakan media yang telah mendorong Mitsubishi Motors Malaysia memperoleh pencapaian penting ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda.

Sempena sambutan itu, MMM juga menganjurkan kempen promosi 100,000 Triton Ambitions Contest untuk memberi ganjaran kepada empat lagi pemilik Triton yang bertuah dengan menawarkan diesel sejauh 25,000km bernilai sehingga RM7,000.

Semua pemilik Triton dijemput untuk mengambil bahagian. Anda hanya perlu mengisi borang kaji selidik peraduan dan menyerahkan gambar sama ada dalam satu atau semua empat kategori di bawah, bermula bermula 14 September:

a. The Stylo King – pemilik dengan aktiviti paling diingati dengan Triton

b. Tough Champ- pengalaman paling mencabar dengan Triton

c. Extreme Adventurer- perjalanan paling jauh dengan Triton

d. Mod Hero- modifikasi Triton paling padu

Maklumat lanjut mengenai promosi eksklusif MMM dan trak pikap Mitsubishi Triton, sila layari https://www.mitsubishi-motors.com.my/triton/

Google ads
Back to top button