Buletin

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA BUKA PUSAT 4S PERTAMA DI BINTULU

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia bersama Auto Pacifica Sdn. Bhd. baru-baru ini merasmikan pembukaan fasiliti 4S pertama di Sarawak.

Premis dua tingkat dengan kawasan seluas 10,000 kaki persegi itu menampilkan identiti jenama Mitsubishi Motors dengan slogan ‘Drive Your Ambition’.

Selain kemudahan ruang rehat, Wi-Fi dan sudut bermain kanak-kanak, fasiliti itu juga menyediakan pusat servis serba lengkap yang mampu melakukan kerja-kerja pembaikan bagi lima kenderaan Mitsubishi dalam satu-satu masa.

Perkhidmatan lain termasuklah pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan pembaharuan insurans dan tukar-beli kenderaan di bilik pameran tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, selain bilik pameran di Bintulu ini, Auto Pacifica mempunyai satu lagi bilik pameran di Miri dan akan melancarkan outlet ketiganya di Kota Samarahan pada penghujung Mac.

Fasiliti 4S Auto Pacifica ini terletak di Lot 4463-4470 (Ground Floor) & Lot 4467-4468 (1st Floor), Pier 99-3 Storey Shophouse, 97000 Bintulu. Ia beroperasi dari Isnin hingga Sabtu, dari 8 pagi hingga 5 petang, manakala Ahad dibuka dari 10 pagi hingga 2 petang.

Google ads
Back to top button