PENGUMUMAN PEKERJA STESEN KERETA API TOKYO JADI PERHATIAN. “SILA KE GERABAK BELAKANG SEKIRANYA TIDAK MAHU DIRABA”
Jenayah gangguan seksual sememangnya sering terjadi, salah satu negara yang sentiasa menjadi tumpuan untuk kes sebegitu ialah Jepun.
Baru-baru ini, seorang pekerja kereta api Tokyo mengarahkan penumpang untuk beralih ke gerabak belakang sekiranya tidak mahu diraba.
Dalam video yang diambil pada 30 Ogos di Stesen Shinjuku, Tokyo, terdapat pengumuman melalui P.A. sistem menyatakan: “Kami mempunyai banyak kamera keselamatan tetapi (masih) terdapat banyak chikan. Penumpang yang tidak mahu diraba, sila gunakan gerabak belakang.”
Meskipun terdapat poster menyatakan bahawa meraba adalah jenayah, namun peraba yang dikenali sebagai Chikan di Jepun masih berleluasa. Chikan ini selalu mengambil peluang membuat serangan seksual ketika di waktu puncak dan menempatkan dirinya di bahagian gerabak hadapan.
East Japan Railway Company mengeluarkan permohonan maaf pada Khamis menjelaskan bahawa pengumuman itu tidak mempunyai sebarang niat negatif.
“Niatnya adalah untuk membimbing penumpang ke arah gerabak yang kurang sesak, tetapi sebahagian daripada pengumuman itu tidak sesuai. Kami memohon maaf kepada mereka tidak berasa selesa dengan pengumuman itu,” kata JR East.
Pilihan perkataan pekerja itu dijadikan bualan ramai, kerana pengguna Twitter mengatakan bahawa pengumuman itu tidak sesuai. “Mereka berkata, ‘Orang yang tidak mahu dicabul harus berpindah,’ tetapi mereka tidak berkata, ‘Orang yang tidak mahu disyaki mencabul, sila pindah,'” tulis seorang pengguna.
Segelintir pengguna twitter mengatakan bahawa mungkin ada cara yang lebih baik untuk mengumumkan perkara sebegitu.
- BACA: POLIS JEPUN KUMPUL 17,000 BROSUR KENDERAAN SEJAK 40 TAHUN LALU. GUNA NAK BANTERAS JENAYAH
- BACA: STESEN KERETA API DI JEPUN DINAMAKAN DETECTIVE CONAN
- BACA: KERANA SEEKOR LINTAH BULAN, PERJALANAN 12,000 PENUMPANG KERETA API DI JEPUN TERGANGGU
- BACA: 3 RAHSIA DI SEBALIK KEHEBATAN SHINKANSEN (KERETAPI PELURU JEPUN)