Buletin

MODEL KONSEP SPORTS MAZDA!

Mazda Motor Corporation bakal melakukan premiere dunia  model konsep kereta sports terbaharunya pada Tokyo Motor Show 2015 (TMS) hujung bulan ini.

Mazda Concept Tokyo

Mazda juga akan mempamerkan sebanyak 14 model termasuklah Mazda KOERU yang membuat penampilan pertama di Jepun. Di samping dua model Mazda MX-5 spesifikasi perlumbaan dan Cosmo Sport (110S) yang mula diperkenalkan pada tahun 1967.

Selari dengan tema “Accelerate toward our dreams,” Mazda menarik minat orang ramai terhadap jenama itu melalui aspek keseronokan memandu.

Mazda-KOERU-Concept-mekanika (4)

Mazda juga akan mempamerkan model-model yang dilengkapi teknologi SKYACTIV dan bahasa rekaan KODO—Soul of Motion generasi baharu.

Mekanika Malaysia akan mengikuti deligasi Mazda ke Tokyo Motor Show 2015. Jadi, pastinya kami akan membawakan laporan terkini mengenai model-model menarik di sana, terutama jentera konsep Mazda ini!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button