Buletin

TOYOTA BUKA PUSAT 2S DI PANDAN INDAH

UMW Toyota Motor secara rasminya telah membuka sebuah pusat 2S di Pandan Indah, Selangor.

Toyota-2S-centre-pandan-indah-mekanika (4)

Dikendalikan oleh pengedar sah Wing Hin Motor Sdn. Bhd. (Wing Hin Motor), pusat 2S itu menawarkan perkhidmatan selepas jualan seperti servis dan alat ganti.

Premis yang memiliki keluasan 38,800 kaki persegi tersbut terletak di Lot 63993, Off Jalan Pandan Indah, Kawasan Perindustrian Ringan, Ampang Baru Tambahan, Ampang, Selangor. Ia bakal memberi khidmat kepada pelanggan Toyota di kawasan Pandan Indah dan Ampang.

Toyota-2S-centre-pandan-indah-mekanika (1)

Antara kemudahan yang ada termasuklah 20 ruang penyelenggaraan dan mampu  menyelenggara lebih 100 buah kenderaan sehari. Pusat 2S itu juga mempunyai lebih 30 orang kakitangan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggannya.

Pelanggan yang menunggu kenderaan diservis boleh berehat di bilik dilengkapi wifi percuma.

Toyota-2S-centre-pandan-indah-mekanika (3)

Maklumat lanjut atau ingin membuat temu janji, hubungi Wing Hin Motor di talian 03-4291 8333 atau layari laman web: www.toyota.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button