Motosikal

MODEL KONSEP SUZUKI V-STROM 250 – VERSI TOURING MAMPU MILIK

Sebenarnya selain model GSX-250R, Suzuki turut melancarkan model konsep yang pasti membuatkan ramai peminat jentera touring tidak senang duduk.

Bertempat di acara pameran CIMAMOTOR 2016 yang sedang berlangsung sekarang di China, Suzuki V-Strom 250 itu seakan-akan menghidupkan kembali harapan pengguna yang mahukan motosikal touring berkapasiti enjin kecil dan lebih mampu milik.

Suzuki-V-Strom-250-Concept-mekanika (6)

Sedia maklum bahawa model touring biasanya berkapasiti besar, berat dan harga jauh daripada jangkaan ramai orang. Maka, Suzuki V-Strom 250 dilihat hadir pada masa yang tepat, terutama di pasaran negara membangun.

Jentera dengan kod DL 250 itu dikatakan bakal menggunakan enjin twin parallel yang sama pada GSX-250R. Enjin itu mampu mejana kuasa sekitar 25PS @ 8,000rpm dan tork puncak 23.4Nm @ 6,500rpm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Suzuki-V-Strom-250-Concept-mekanika (4)

Sebagai sebuah jentera touring, penampilannya pasti tidak lengkap tanpa paruh pada bahagian hadapannya. Bukan itu sahaja, Suzuki V-Strom 250 didatangkan dengan lampu utama berbentuk bulat dan jarak kelegaan tanah yang tinggi. Tampil dengan siluet rekaan V-Strom dengan fairing dan badan yang rugged, motosikal itu dilengkapi suspensi jenis teleskopik pada roda hadapan.

Biarpun begitu, masih belum ada status mengenai berapa banyak aksesori seperti pelindung tangan, kotak dan sebagainya yang akan ditawarkan oleh Suzuki. Ia juga dipasang dengan tayar bersaiz 17 inci di hadapan dan belakang.

Suzuki-V-Strom-250-Concept-mekanika (5)

Spesifikasi Suzuki V-Strom 250

Enjin: Empat lejang, sistem penyejukan cecair, DOHC silinder berkembar

Kuasa maksimum: 18.4kW / 25PS @ 8,000rpm

Tork maksimum: 23.4Nm @ 6,500rpm

Dimensi panjang x lebar x tinggi: 2085 x 740 x 1110mm

Berat basah: 178kg

Ketinggian tempat duduk: 790mm

Kapasiti tangki: 15 liter

Kredit foto: motoroids, tmcblog

Google ads
Back to top button