Motosikal

SYARIKAT MOTOSIKAL PERLU BERANI LAKSANA ‘PRODUCT RECALL’

Baru-baru ini MForce Bike Holdings telah pun mengumumkan kempen recall bagi skuter popular, QJMotor AX200S melibatkan penggantian ekzos baharu. 

Kempen tersebut diumumkan selepas pihak MForce menerima aduan pengguna berlakunya keretakan di bahagian penyambung di antara ekzos dan badan skuter tersebut. 

Sebanyak lapan kontena berisi ekzos termasuk pelindung ekzos berharga hampir RM400 setiap satu telah pun tiba baru-baru ini dan bersedia di pasang kepada pengguna terkesan secara percuma. 

*Yamaha MT-09 dan Tracer 9GT dipanggil semula pada 2025.

Tahun lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah mengumumkan product recall bagi model MT-09 dan Tracer 9 GT melibatkan masalah throttle position sensor (TPS) dan Tenere 700 kerana isu klac. 

JPJ turut mengeluarkan isu ‘recall’ bagi 65 unit Honda CB350RS dua tahun lalu ekoran isu melibatkan speed sensor yang menyebabkan ABS dan traction control gagal membuat bacaan yang tepat. 

*Honda CB350RS dipanggil semula bagi membetulkan isu speed sensor.

Sebelum itu, Suzuki Malaysia juga ada membuat product recall bagi model Suzuki V-Strom 800DE ekoran masalah tayar. 

Menariknya, ketika MForce mengumumkan program recall bagi AX200S rata-rata menyambut baik inisiatif tersebut yang disifatkan bertanggungjawab ke atas keresahan yang melanda pengguna. 

*Suzuki Malaysia memanggil semula V-Strom 800DE ekoran masalah tayar.

Ini bermakna, pengguna motosikal semasa lebih matang dan tidak mudah menuding jari pada syarikat motosikal yang mengambil tanggungjawab untuk membetulkan isu yang timbul. 

Namun begitu, masih ada lagi pihak yang masih fobia dengan kempen panggilan semula produk atas alasan program sedemikian seakan tindakan mengakui kekurangan produk sendiri. Mentaliti sedemikan secara tak langsung memberi kesan kepada pengguna yang runsing ekoran perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi mengatasi masalah dihadapi motosikal masing-masing. 

Ada juga yang enggan membuat product recall sebaliknya memaklumkan pengedar masing-masing untuk menghubungi pemilik secara terus untuk menyelesaikan isu dihadapai secara belakang tabir.

Meskipun langkah ini dipuji namun masih timbul risiko bahawa tak semua pemilik dapat dihubungi dan tidak sedar akan aktiviti seumpamanya dijalankan. 

*contoh Product Recall yang diumumkan JPJ pada 2023.

Menurut JPJ, mekanisma pelaksanaan Product Recall memerlukan pengeluar kenderaan untuk membuat hebahan di media massa (laman web, media sosial, surat khabar) selain daripada menghubungi sendiri pemilik kenderaan. 

Dalam pada itu, kami juga menasihatkan pengguna untuk tidak mengendahkan pengumuman product recall (sekiranya terlibat) kerana rata-rata program ini tidak mengenakan sebarang cas kepada pengguna. Selain itu, product recall juga memastikan kenderaan berada di tahap yang terbaik dan selamat untuk digunakan.

Sementara itu, pengilang atau pengedar motosikal di Malaysia sewajarnya lebih proaktif untuk melaksanakan kempen panggilan semula sebaik mendapati ramai pengguna menghadapi masalah atau isu yang berulang. Ini kerana senario ini akan menentukan persepsi pengguna terhadap sesuatu jenama.

Google ads
Back to top button