Artikel PilihanModifikasi

NISSAN MID 4 – KISAH BENAR DI SEBALIK LAGENDA SKYLINE

Saya bukanlah peminat Nissan. Saya juga tidak pernah beli kereta Nissan atas banyak sebab. Saya mungkin hampir terbeli sebuah Presage atau Impul 338W. 

Tetapi senang cakap, kalau model Nissan pemasangan tempatan, memang tidak ada ada satu pun model yang boleh membuatkan saya rasa hendak pergi ke bilik pameran dan pandu uji. Namun,  apabila berbicara tentang tentang model CBU atau JDM, pengaruh jenama ini memang tidak boleh diketepikan.

Skyline Hakosuka KPGC10 dan versi-versinya yang lain merupakan ‘Prince’ bagi kejayaan GT-R pada hari ni. Tapi tahukah anda bahawa selepas generasi awal Skyline, produksi Skyline GTR berhenti begitu sahaja?

BACA – GTR 34, RB26DETT KING!

BACA – KENMERI UNTUK DILELONG!

Tahun 1980 hingga 1990 adalah ruang kosong yang ditinggalkan di mana jurutera Nissan sibuk menghasilkan Nissan Sunny. Masa itu adalah rentetan zaman yang sukar sebab dunia masih lagi belum pulih daripada tempias kelembapan ekonomi dunia dan harga bahan api yang melampau. Nak buat kereta laju siapa nak beli kalau petrolnya mahal serupa nuklear?

Tetapi itu adalah zaman rock. Masa itu jurutera jenis keras kepala, dengar lagu Halloween, Iron Maiden dan Loudness. Mereka pastinya perlu buat sebuah kereta yang boleh naikkan semula imej Skyline. Maka lahirlah…

02 Nissan MID 4

NISSAN MID 4

Pada pameran Motor Frankfurt 1985, Nissan mempamerkan model Nissan Mid 4. Kereta itu bagaimanapun tidak pernah dikeluarkan daripada barisan produksi. Menurut pakar ekonomi Nissan pada ketika itu, Mid 4 terlalu mahal untuk dihasilkan dan belum tentu boleh dijual. Kalau tak jual macam mana nak buat model Nissan Sunny dan Almera?

Dikatakan hanya ada dua sahaja prototaip Mid 4 dihasilkan bagi tujuan ujian dan pameran. Asalnya, Nissan mahukan sebuah kereta yang boleh memberi idea kepada industri bagaimana mereka mampu mencipta sebuah kereta sports yang boleh menentang Ferrari dan Porsche.

11 Nissan MID 4

Ironinya pada 2001, Fairlady dan Nissan GTR akhirnya muncul atas idea yang ada pada Mid, mahu merampas pasaranPorsche 911. Kereta itu sebenarnya sudah melepasi semua ujian dan tinggal tunggu masa hendak diproduksikan sahaja. Jika Lembaga Pengarah Nissan setuju, ia terus masuk kilang dan dibina.

Enjin yang digunakannya ialah VG30DE berkuasa 230hp. Enjinnya dipasang pada bahagian tengah. Haa.. Sekarang jangan ingat Nissan tak pernah ada idea nak buat enjin tengah ya. Mid maksudnya tengah dan 4 ialah pacuan empat roda. Betul. Kereta ini dirancang untuk dipacu oleh pacuan empat roda.

05 Nissan MID 4

Walaupun sistem 4WD yang dilabur pada model itu tidak digunakan sehingga tahun 1985, ia akhirnya dimajukan dan diserap pada model Cefiro dan Bluebird serta dikenali sebagai ATESSA 4WD. Jika anda biasa dengan istilah HICAS iaitu sistem four-wheel-steering Nissan, asas teknologinya juga lahir daripada model Mid 4.

01 Nissan MID 4-II

MID 4-II

Mid 4-II atau Mid 4 Type II pula ialah prototaip kedua yang dipamerkan pada Tokyo Motor Show 1987. Pada masa itu, Nissan melengkapkannya dengan enjin VG30DETT twin turbo berkuasa 330hp. Enjin 3.0 liter pada tahun 1987 memang laju macam roket kalau ikut standard hari ini.

Banyak wang telah dilaburkan dan Nissan dilihat semakin serius untuk memproduksikannya. Malangnya, sekali lagi faktor ekonomi menjadi masalah utama. Produksi model itu masih mahal dan tak balik modal. Ia bukanlah keputusan yang mudah kerana memang mengecewakan pasukan Shinichiro Sakurai yang penat-penat buat model tersebut.

11 Nissan MID 4-II

Bagaimanapun idea kereta itu memang brilliant. Reka bentuknya memang lagi cantik berbanding Type I. Saya rasa rekaan hadapannya ada rupa Honda NSX.

Posisi enjin di bahagian tengah masih lagi kontroversi. Jurutera Nissan berkeras bahawa ia adalah konfigurasi paling ikonik dan seimbang. Lebih-lebih lagi apabila matlamatnya adalah untuk bersaing dengan Porsche 959 dan Ferrari Testarossa.

Tetapi ada satu masalah. Dengan semua teknologi ATESSA-ETS dan HICAS, beratnya menjadi 1,400kg. Kalau guna badan aluminium macam NSX, jawabnya boleh bankrap.

Apabila tidak jadi diproduksi, pasukan Naganori Ito berkerja lebih keras. Akhirnya, mereka berjaya menghasilkan sesuatu yang lebih ekonomikal untuk dibina dan  dalam masa sama sangat berkuasa. Terimalah, Nissan Skyline R32!

05 Nissan MID 4-II

R32. Setelah membuat banyak perkiraan dan pertimbangan, pada 1988, Nissan mengambil keputusan inilah pasaran yang mereka mahukan, Nissan Skyline GT-R.  Mereka percaya nama Skyline juga patut digunakan kembali sebab percaya pada tuahnya. Model coupe itu tidak menggunakan enjin VG, sebaliknya dipasang dengan enjin RB yang ditingkatkan iaitu RB26DETT.

Dari saat pelancarannya pada tahun 1989, R32 GTR pantas menjadi ikon di Jepun dan jaguh di trek perlumbaan. Di Australia, GTR ialah juara dalam perlumbaan Bathhurst 1000 pada tahun 1991 dan 1992.

03 GTR 32

Tahun berikutnya, ia diharamkan kerana menyebabkan Holden Commodore dan Ford Sierra tak boleh kejar dengan sistem pacuan belakang. Pada masa tu, GT-R dah terkenal dengan nama Godzilla. Tapi sekarang saya malu pasal Skyline jadi crossover pulak!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button