Jack Miller dari pasukan Pramac Ducati membuat kejutan pada awal pagi ini dengan mencatatkan masa terpantas bagi sesi kelayakan yang bakal menentukan petak perlumbaan sebenar.
Litar basah di litar Termas de Rio Hondo menyukarkan setiap pasukan menentukan tetapan tayar pada jentera masing-masing. Namun pasukan Pramac Ducati mengambil keputusan saat-saat akhir menggunakan tayar slick sepenuhnya pada pusingan Q2.
Jack Miller membuat pusingan terpantas dengan catatan 1:47.153 mendahului pelumba Honda, Dani Pedrosa dan pelumba Yamaha Tech3, Johann Zarco untuk menduduki petak pertama.
BACA: HAFIZH SYAHRIN 10 TERPANTAS DALAM UJIAN BEBAS FP3
Marc Marquez akan bermula di petak keenam sementara Jorge Lorenzo hanya berupaya menduduki petak ke 14 setelah bergelut dengan keputusan catatan pada sesi pertama (Q1).
HUJAN TURUN
Hujan mula turun pada sesi ujian bebas terakhir semalam (FP4) namun pada permulaan pusingan kelayakan, litar dilihat mula kering. Kebanyakan pasukan menggunakan tayar basah pada sesi Q1 dan di pertengahan Q2.
Namun Miller, Marquez dan Cal Crutchlow membuat perjudian dengan menggunakan tayar slick seawal pusingan kelayakan sesi kedua (Q2).
Bagaimanapun, ketika Marquez dan Crutchlow masuk ke pit untuk menukar semula kepada tayar basah selepas pusingan pertama, Miller tidak berganjak lantas meneruskan saingan dengan tayar perlumbaan sepenuhnya.
Taktikal ini berhasil. Beliau merampas kedudukan terpantas pada pusingan kedua terakhir, meninggalkan Pedrosa dengan 0.177 saat dengan catatan akhir 1:47.153.
Kedudukan petak perlumbaan kali ini juga menarik kerana ia dihuni oleh pasukan Avintia Ducati, Tito Rabat di tempat keempat dan pelumba Suzuki, Alex Rins di petak kelima.
Juara MotoGP Qatar Andrea Dovizioso, hanya bermula di tempat ke lapan dan Valentino Rossi di tempat ke 11.
BACA: ROSSI GESA YAMAHA SELESAIKAN MASALAH ELEKTRONIK
Pelumba harapan negara, Hafizh Syahrin hanya mampu menduduki petak kedua terakhir.
Walaupun bermula baik pada sesi latihan 1 hingga 4 semalam, seakan tiada tuah pula pada pusingan kelayakan. Beliau hanya akan bermula di petak ke 23 pada perlumbaan dengan catatan masa kurang baik, 1:51.142.
Marilah sama-sama doakan yang terbaik buat Pescao55
| POS | PENUNGGANG | PASUKAN | MOTOR | MASA |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Jack Miller | Pramac Ducati | Ducati | 1m47.153s |
| 2 | Dani Pedrosa | Honda | Honda | 0.177s |
| 3 | Johann Zarco | Tech3 Yamaha | Yamaha | 0.212s |
| 4 | Tito Rabat | Avintia Ducati | Ducati | 0.528s |
| 5 | Alex Rins | Suzuki | Suzuki | 0.590s |
| 6 | Marc Marquez | Honda | Honda | 0.601s |
| 7 | Aleix Espargaro | Aprilia | Aprilia | 0.692s |
| 8 | Andrea Dovizioso | Ducati | Ducati | 1.094s |
| 9 | Maverick Vinales | Yamaha | Yamaha | 1.891s |
| 10 | Cal Crutchlow | LCR Honda | Honda | 2.151s |
| 11 | Valentino Rossi | Yamaha | Yamaha | 2.173s |
| 12 | Andrea Iannone | Suzuki | Suzuki | 2.822s |
| 13 | Karel Abraham | Aspar Ducati | Ducati | 2.725s |
| 14 | Jorge Lorenzo | Ducati | Ducati | 2.910s |
| 15 | Scott Redding | Aprilia | Aprilia | 3.022s |
| 16 | Pol Espargaro | KTM | KTM | 3.171s |
| 17 | Xavier Simeon | Avintia Ducati | Ducati | 3.211s |
| 18 | Danilo Petrucci | Pramac Ducati | Ducati | 3.296s |
| 19 | Alvaro Bautista | Aspar Ducati | Ducati | 3.453s |
| 20 | Thomas Luthi | MVDS Honda | Honda | 3.680s |
| 21 | Bradley Smith | KTM | KTM | 3.854s |
| 22 | Franco Morbidelli | MVDS Honda | Honda | 3.859s |
| 23 | Hafizh Syahrin | Tech3 Yamaha | Yamaha | 3.989s |
| 24 | Takaaki Nakagami | LCR Honda | Honda | 4.234se |





