Motosikal

BAWA BALIK PROTON SAGA, YAMAHA Y15ZR DENGAN PEMBELIAN SET RANTAI RK-M EDISI MERDEKA 2026

Orang ramai berpeluang untuk memenangi hadiah berupa sebuah Proton Saga, Yamaha Y15ZR, Modenas Z15GT dan Honda Wave Alpha 110 dengan setiap pembelian set rantai RK-M Edisi Merdeka 2026. 

Untuk makluman, set rantai dan sproket tersebut hanya terhad kepada 10,000 unit sahaja dan dihasilkan khas sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2026. 

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan set rantai tersebut dengan harga promosi RM169 di laman web GoMoto atau gedung Gomoto Xperience Lab Pulau Pinang. 

Setiap set terdiri dari rantai 428 OL dengan kombinasi warna emas dan ungu sementara sproket belakang berwarna emas pula menampilkan corak bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan. 

Selain itu, turut disertakan rantai kunci eksklusif, stiker holografik dan sarung leher dan sarung tangan eksklusif. 

Tawaran istimewa ini sah sehingga 31 September ini sementara stok masih ada. 

Google ads
Back to top button