BuletinMotosikal

ROSSI GESA YAMAHA TINGKATKAN TEKNOLOGI ELEKTRONIK SUPAYA LEBIH KOMPETITIF DALAM MOTOGP

“Yamaha perlu melabur lebih banyak untuk tingkatkan keupayaan elektronik untuk kekal berdaya saing dalam MotoGP,” ujar Valentino Rossi.

Pelumba berusia 39 tahun yang mengikuti ujian siri motosikal M1 itu menyatakan kebimbangan tentang prestasi peralatan elektronik motosikal tersebut. Beliau bahkan memberitahu Yamaha hanya “bergantung pada nasib” dari pusingan awal sehingga mereka dapat mencari penyelesaiannya.

Walaupun memulakan perlumbaan pembukaan di Qatar dengan prestasi yang lebih baik, Rossi merasakan cengkaman roda belakang masih kurang sempurna menyebabkan beliau ketinggalan di belakang  Honda dan Ducati. Begitupun, beliau mengakui masalah tersebut tidaklah seteruk berbanding musim lalu.

“Apa yang Ducati dan Honda lakukan sekarang ialah mereka menghabiskan lebih banyak masa, sumber, dan lebih banyak wang untuk elektronik,” kata Rossi kepada Gazzetta dello Sport.

“Yamaha perlu memahami situasi ini dan perlu cepat membuat keputusan. Satu pasukan kerja diperlukan untuk cuba memahami elektronik dengan lebih mendalam untuk dapatkan penyelesaian'”. 

BACA: FP3 ARGENTINA, HAFIZH 10 TERBAIK

“Di litar tertentu kita akan mengalami masalah cengkaman belakang dan perlu berkerja keras menghambat pelumba lain di hadapan,”

“Tetapi saya percaya bahawa kita akan mengalami kurang masalah ini pada versi 2018 .”

Google ads
Back to top button