BuletinMotosikal

MOTOGP ARGENTINA: BERMULA DI PETAK KE-23, PERMULAAN YANG SUKAR BUAT HAFIZH SYAHRIN

Seluruh warga peminat MotoGP tempatan bakal menyaksikan saingan kedua perlumbaan MotoGP Argentina yang akan berlangsung awal pagi esok waktu tempatan. Namun, ada seperti kerisauan yang kita kongsikan bersama pada saat ini. 

Pelumba harapan negara, Hafizh Syahrin akan bermula di petak ke-23, grid permulaan yang sukar jika dibandingkan dengan pusingan di Qatar di mana beliau bermula di kelompok ke-15.

Ia keputusan yang mengejutkan. Apatah lagi dalam sesi ujian latihan bebas dalam empat sesi pada Jumaat dan Sabtu memperlihatkan prestasi yang cukup memberansangkan bagi pelumba yang bergelar Pescao itu.

BACA: HAFIZH SYAHRIN 10 TERPANTAS DALAM UJIAN BEBAS FP3

Pada sesi ujian bebas sebelumnya, Hafizh menduduki tempat ke 11, 15 dan paling cemerlang pada FP3 dengan kedudukan ke 8. Dengan cuaca hujan tak menentu, Hafizh sepatutnya tiada masalah mengekalkan momentum untuk catat masa terbaik pada pusingan kelayakan.

Namun segala-galanya nampak sukar buat pelumba kebanggaan negara ini sebaik sahaja memulakan pusingan kelayakan lewat petang semalam.

BACA: MILLER BUAT KEJUTAN BERMULA DI PETAK PERTAMA

“Saya rasa susah nak sesuaikan motosikal dengan kondisi cuaca begini. Pada sebelah pagi, saya dapat rasa momentum yang bagus. Rasa macam dah dapat feel dengan motosikal,” ujar Hafizh.

“Kemudian kami cuba tukar bebebrapa tetapan kecil untuk tingkatkan prestasi. Tapi akhirnya saya rasa motosikal jadi lain. Saya rasa macam hilang cengkaman, tak macam sebelum ni,” ujar beliau lagi.

“Saya berusaha keras nak turunkan catatan masa pusingan demi pusingan, tapi saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Saya tahu, perlumbaan esok akan jadi payah pada kedudukan ini, tapi saya akan cuba yang terbaik, sekurang-kurangnya dapat jadi pelumba rookie terpantas”

 

Google ads
Back to top button