Motosikal

CYCLONE RT450GT PESAING BARU SKUTER GT – ENJIN DUA SILINDER 398CC, 42HP

Voge SR450X merupakan antara model yang paling mencuri tumpuan ketika di Malaysia Bike Show 2026 yang berlangsung Jun lalu.

Ini kerana SR450X itu merupakan skuter segmen 400cc paling berkuasa ekoran dikuasakan enjin dua silinder. 

Menariknya, kami difahamkan bahawa Zonsen menerusi jenama Cyclone telah menggunakan enjin yang sama dari SR450X pada sebuah model serba baharu yang diberi nama RT450GT. 

*Voge SR450X

Mengapa ini berlaku? Ini kerana pada Julai 2024, Zongshen telah pun memiliki 24.55 peratus saham Loncin Motor yang merupakan pemilik kepada jenama Voge. 

Menerusi pemeteraian itu, tidak hairanlah kedua-dua pihak ada perkongsian teknologi termasuk enjin. 

Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, Cyclone RT450GT ini menawarkan 42hp pada 8,100rpm dan 44.2Nm pada 5,600rpm. Untuk perbandingan, SR450X menawarkan 42hp dan 42Nm. 

Antara ciri lain yang dikenal pasti termasuk ABS dual-channel, TCS (traction control system) dan ESS (emergency stop signal). 

Atas kertas, RT450GT ini dilengkapi dengan tayar 15-inci depan dan 14-inci belakang. Berat keseluruhan skuter ini adalah 210kg dengan tangki 18L sementara ketinggian tempat duduk adalah 780mm. 

Google ads
Back to top button