Motosikal

RASMI: YAMAHA XMAX 300 TECH MAX TIBA DI MALAYSIA – RM28,499

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya melancarkan Yamah XMAX 300 Tech Max untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM28,499. 

Atas kertas, XMAX 300 dikuasakan enjin satu silinder 292cc SOHC yang berupaya menjana 28hp pada 7,250rpm dan 29Nm pada 5,750rpm. 

Untuk rekod, Malaysia menerima model Tech Max sekaligus hadir dengan ciri seperti comfort seat dan kemasan Tech Max premium. 

Selain itu, XMAX 300 Tech Max turut dilengkapi dengan ciri berikut:

  • ABS dual-channel
  • traction control 
  • Yamaha Y-Connect
  • tangki 13L
  • berat 185kg

Menurut HLYM, XMAX 300 Tech Max ini hanya hadir dengan warna Crystal Graphite sahaja. 

Sayangnya, pasaran negara tidak menerima vesi Tech Max yang dilengkapi dengan suspensi Öhlins seperti yang ditawarkan di Thailand.

GALERI: YAMAHA XMAX 300 TECH MAX 

Google ads
Back to top button