Motosikal

RASMI: YAMAHA Y16ZR-R PRAMAC EDITION LANCAR DI MALAYSIA – DENGAN MONOSHOCK ÖHLINS, RM13,388

Sebulan selepas pelancaran global di Vietnam, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) buat kejutan di Karnival GenBlu Yamaha dengan memperkenalkan Y16ZR generasi terbaru. 

Menariknya, Y16ZR hadir dengan dua varian di Malaysia, standard dengan harga RM10,888 dan Y16ZR-R Pramac Edition yang ditawarkan dengan harga RM13,388. 

Untuk rekod, Pramac Edition hanya terhad kepada 3,000 unit sahaja seluruh dunia dan selain datang dengan grafik dan livery Pramac Racing, model ini turut dilengkapi dengan monoshock Öhlins YA 679 secara standard. 

Seperti Exciter 155 SP di Vietnam, Y16ZR-R ini juga menerima pelbagai naik taraf termasuk enjin yang lebih berkuasa yang kini menawarkan 18.2hp pada 9,500rpm dan 14.4Nm pada 8,500rpm dan 14.4Nm pada 8,500rpm. 

Kuasa lebih tinggi itu disumbangkan nisbah mampatan 11.6:1 berbanding 10.5:1 sebelum ini. Sementara itu, Y16ZR baharu ini masih dlengkapi dengan klac Assist & Slipper namun dipertingkat dengan ciri Traction Control buat pertama kalinya. 

Dalam pada itu, model ini turut dipadankan dengan ciri twin funnel yang berfungsi menghasilkan bunyi sedutan angin yang lebih ketara.

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • meter digital LCD baharu
  • fork teleskopik depan
  • tangki 5.4L
  • berat 124kg
  • tinggi tempat duduk 795mm
Google ads
Back to top button