
NISSAN PROJECT RUGGED ROGUE, SUV SERBA BOLEH!
Di beberapa negara seperti Amerika Syarikat Nissan X-Trail dikenali sebagai Rogue. Sebagai sebuah negara yang luas dengan pelbagai bentuk muka bumi, pengguna di sana gemarkan kenderaan serba-boleh.
Contoh terbaru ialah Nissan Rogue untuk SEMA 2023 atau dikenali sebagai Project Rugged Rogue yang dijadikan sebuah kenderaan untuk pengembaraan off-road dan perkhemahan.
Projek ini diubah suai daripada RogUe 2024 yang baru sahaja diperkenal pada Oktober lalu.
Dilengkapi pelbagai aksesori lasak seperti tayar ‘berketul’ dan perkakasan NISMO, Project Rugged Rogue ini memang meminta untuk digunakan semaksimum mungkin.
Badan yang tegap disumbang oleh kit peninggi tiga inci NISMO Off Road buatan khas. Rim asal diganti dengan set prototaip NISMO Off Road berukuran 18 inci x 8.5 inci dalam warna hitam dan gangsa.
Set rim itu dipadan dengan tayar Yokohama GEOLANDAR M/T saiz 275/65/18 dan diikat nat NISMO.
Bukan setakat perkakasan badan, ekzos asal juga diganti dengan set NISMO Off Road dua muncung yang keluar dari tengah bampar.
Badan kereta meriah dengan balutan topografi NISMO Off Road. Gerbang roda lebih lebar dengan pendakap gentian karbon.
Belakang Rogue nampak sporti dengan spoiler gentian karbon. Di atas bumbung dipasang rak prototaip NISMO Off Road dengan lampu bulat enam inci juga dari NISMO Off Road.
Untuk beristirehat, tepi bumbung dipasang kanopi 180 darjah prototaip NISMO Off Road.
Banyak lagi perkakasan NISMO Off seperti bampar depan dengan lampu enam inci, rel batu untuk perlindungan badan dan riasan pada tiang B, pintu but belakang dan antena.
Pelindung bampar belakang dan pelindung angin cermin siri dari Nissan. Pemegang kayak atas bumbung dari Yakima JayLow. Cagak untuk basikal dari model Yakima Highroad.
Pada bahagian dalam, kerusi depan dibalut neoprena prototaip NISMO Off Road dan riasan perkakasan gentian karbon NISMO.
Turut dilengkapi pembawa tayar gantian NISMO Off Road pada ruang kargo, pembahagi haiwan peliharaan dan alas kaki dari Nissan.
Dari segi mekanikal, Nissan Rogue pasaran Amerika Syarikat digerakkan enjin 1.5 liter turbo tiga silinder yang menghasilkan 201 kuasa kuda (hp) dan tork 305Nm dan padanan kotak gear CVT Xtronic.
- BACA: NISSAN DAYZ 2024 DIPERKENAL DI JEPUN, DARIPADA RM45 RIBU
- BACA: NISSAN 20-23 CONCEPT, BAYANGAN NISSAN MICRA EV?
- BACA: NISSAN SKYLINE NISMO DAN SKYLINE NISMO LIMITED DILANCAR DI JEPUN, INGATKAN SEJARAH HEBAT SKYLINE!
- BACA: NISSAN FAIRLADY Z NISMO 2024 DILANCAR DI JEPUN, TIADA MANUAL, RM290 RIBU!
- BACA: NISSAN ROOX 2023, GRIL V-MOTION BAHARU, RM54 RIBU HINGGA RM81 RIBU!
- BACA: PADA 2000 NISSAN X-TRAIL T30 DIPERKENAL, SISTEM 4X4 TEKAN BUTANG!
















