" "
Buletin

NISSAN FAIRLADY Z NISMO 2024 DILANCAR DI JEPUN, TIADA MANUAL, RM290 RIBU!

Terima kasih kepada Nissan kerana terus mengeluarkan Fairlady Z pada era elektrifikasi. Khas untuk pelanggan Jepun, ada model baharu yang istimewa iaitu Nissan Fairlady Z NISMO 2024.

Bukan sebuah, pelanggan turut ditawarkan Nissan Genuine Accessory Package yang merpakan terjemahan Fairlady Z Customized Edition yang dipamerkan di Tokyo Auto Salon 2023 pada Januari lalu.

Fairlady Z NISMO tidak hanya menonjolkan kosmetik sahaja dengan kuasa enjin ditingkatkan kepada 420 ps dari 405 ps dan tork 520Nm dari 475Nm.

Enjin VR30DDTT 3.0 liter V6 turbo berkembar itu dipadan bersama transmisi automatik dan tiada pilihan manual ditawarkan.

Tidak pasti mengapa namun respon tukaran gear dan ketahanan transmisi telah ditingkatkan untuk penukaran gear yang lebih lincah.

Turut ditingkatkan ialah ketegaran kilasan (torsional rigidity) stereng dan badan kereta, casis dan penalaan cengkaman supaya pemandu dapat mengenalpasi laluan mereka dengan lebih baik.

Set brek NISMO pula membantu menampung kuasa dan karakter pemanduan baharu.

Selain itu, Fairlady Z NISMO dilengkapi tiga mod pemanduan termasuk SPORT+ yang khusus untuk model ini sahaja.

Dari segi penampilan, jelas boleh dilihat kit badan seperti jeriji, bampar depan dan belakang, pendakap dapra (fender), skrit sisi, spoiler belakang dan lampu kabus belakang yang dibuat khas untuk NISMO.

Selain itu, pusat graviti yang rendah membantu meningkatkan prestasi daya mendap dan aerodinamik.

Satu fakta menarik ialah jeriji depan dengan corak sarang lebah mempunyai rintangan laluan angin rendah dan sama seperti yang digunakan pada GT-R 2024.

Ciri tersebut turut berfungsi bersama laluan penyiring angin bagi memaksimumkan kecekapan penyejukan.

Rim aluminium tempa 19 inci warna hitam kilat juga bukan sekadar kosmetik. Rim itu menyeimbangkan ketegaran dan lebih ringan melalui corak sembilan rongga dan lebih lebar.

Bahagian dalam kereta dipasang kerusi sport Recaro yang direka khusus untuk NISMO dan dibalut Alcantara dan kulit untuk permukaan tidak licin dan tekstur berkualiti tinggi. 

Ada lima warna yang ditawarkan termasuk pilihan dua tona Steel Grey/Super Black yang eksklusif untuk NISMO.

Selain Jepun, kereta sport ini yang dikenali sebagai Nissan Z NISMO turut ditawarkan di Amerika Syarikat.

Untuk pasaran Jepun, Nissan turut memperbaharui penawaran Fairlady Z dengan warna 432 Orange baharu, dalaman warna biru untuk Version T/ST dan Amazon Alexa untuk kesemua varian.

Nissan Genuine Accessory Package pula dibahagikan kepada dua iaitu Entry Level yang terdiri daripada bampar depan dengan logo Fairlady Z, jeriji dan spoiler belakang karbon penuh.

Full Package dibuat mengikut model yang dipamerkan pada Tokyo Auto Salon 2023 dengan rim aluminium 19 inci dan logo khas, grafik pada tukup enjin dan pelekat pada sisi kereta.

Berikut senarai varian dan harga Nissan Fairlady Z 2024 untuk pasaran Jepun:

Pacuan Enjin Gred Transmisi Harga Yen/ RM
RWD VR30DDTT Fairlady Z 6MT 5,398,800 / 170,401
Fairlady Z Version S 6,245,800 / 197,134
Fairlady Z Version ST 6,657,200 / 210,113
Fairlady Z 9M-ATx 5,398,800 / 170,396
Fairlady Z Version T 5,858,600 / 184,908
Fairlady Z Version ST 6,657,200 / 210,123
Fairlady Z NISMO 9,200,400 / 290,395

Kredit foto: Nissan

BACA: JUALAN EV GLOBAL NISSAN CECAH 1 JUTA UNIT, 19 EV AKAN DITAWARKAN!

BACA: NISSAN ROOX 2023, GRIL V-MOTION BAHARU, RM54 RIBU HINGGA RM81 RIBU!

BACA: NISSAN GT-R G-SHOCK 2023, TAK SAMPAI RM700! BOLEH KIRIM TAK?

BACA: PADA 2000 NISSAN X-TRAIL T30 DIPERKENAL, SISTEM 4X4 TEKAN BUTANG!

Nissan Fairlady Z NISMO 2024

Nissan Fairlady Z 2024

Google ads
Back to top button