Buletin

OPEC MAHU TINGKATKAN PENGELUARAN 2.1 JUTA TONG MINYAK SEHARI

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) merancang untuk meningkatkan pengeluaran 2.1 juta tong minyak setiap hari.

Langkah ini diambil bagi mengimbangi kebimbangan wabak COVID-19 yang berterusan di beberapa negara akan mengurangkan permintaan terhadap peningkatan keperluan tenaga dalam pemulihan ekonomi di seluruh dunia.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz Salman berkata, perkembangan pasaran baru-baru ini membuktikan keputusan meningkatkan pengeluaran secara perlahan-lahan yang dibuat sejak April lalu satu keputusan yang tepat.

Bagaimanapun katanya, masih terdapat masalah mengenai pemulihan dan permintaan tenaga. OPEC memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 2.1 juta tong sehari dari Mei sehingga Julai.

Kumpulan itu merancang untuk menambah 350,000 tong sehari pada bulan Jun dan 440,000 tong sehari pada Julai. Pada masa sama, Arab Saudi secara perlahan-lahan menambah satu juta tong dalam pemotongan sukarela yang dibuatnya di luar komitmen kumpulan.

Sementara itu, OPEC Plus yang diketuai Arab Saudi dan bukan anggota Rusia, berdepan kebimbangan wabak COVID-19 meningkat di negara seperti India yang merupakan pengguna minyak utama. Ini sekali gus merugikan permintaan global dan memberi tekanan harga.

Negara pengeluar minyak membuat penurunan drastik untuk menyokong harga semasa ketika pandemik terburuk 2020 itu. Ketika ini, ia perlu menilai jumlah minyak tambahan diperlukan pasaran.

Pemulihan ekonomi Amerika Syarikat, Eropah dan Asia diharap dapat meningkatkan permintaan tenaga pada separuh kedua tahun ini ketika orang ramai melakukan perjalanan lebih banyak dan menggunakan bahan bakar petrol.

Faktor tambahan yang merumitkan anggaran pasaran adalah kemungkinan pengembalian ke pasaran lebih banyak minyak Iran dan ini bergantung kepada rundingan program nuklear.

Abdulaziz menyatakan prospek lebih banyak minyak Iran masuk ke pasaran tidak dibincangkan dalam pertemuan singkat itu. Sejak awal tahun ini, harga minyak telah meningkat lebih daripada 30 peratus. РAstro Awani 

Google ads
Back to top button