Buletin

AURUS SENAT LIMOSIN MEWAH RUSIA MASUK PRODUKSI

Limosin mewah keluaran Rusia, Aurus Senat yang dikatakan pesaing Rolls Royce secara rasmi memasuki produksi di kilang Yelabuga.

Pada awalnya, limosin terbaharu itu dijadualkan memulakan produksi pada tahun lalu selepas membuat penampilan sulung di Eropah pada Geneva Motor Show 2019.

Pengeluar kenderaan terbaharu itu dimiliki Pusat Penyelidikan Saintifik Automobil dan Institut Kejuruteraan Automotif (NAMI).

Aurus Motors dibangunkan sebagai projek prestij untuk Kremlin yang didokong Presiden, Vladimir Putin.

Menteri Industri Rusia, Denis Manturov berkata sebanyak kira-kira 200 hingaa 300 unit Aurus Senat akan dibangunkan pada tahun ini.

Versi asas Senat dijangka akan dijual pada harga AS$245,000 (RM1 juta).

Menurut laporan Reuters, Aurus bakal menawarkan dua varian bagi model Senat iaitu L700 dan S600.

Bagaimanapun, model L700 hanya akan digunakan oleh pegawai kerajaan manakala S600 ditawarkan kepada orang ramai.

Selain itu, pengeluar Rusia tersebut juga akan menawarkan model SUV dan Convertible dalam masa terdekat.

Ia  dijana enjin hybrid turbo berkembar 4.4 liter V8 yang dibangunkan bersama Porsche.

Enjin berkenaan mampu menjana kuasa 590 hp dan tork 880 Nm dipadankan transmisi automatic 9-kelajuan serta system pacuan semua roda.

Aurus merancang menawarkan pilihan enjin V12 kepada para pelanggan. – carscoops

Google ads
Back to top button