Buletin

OPEL ASTRA SPORT TOURER – WAGON ELEKTRIK KOMPAK MAMPU MILIK SUDAH BOLEH DITEMPAH

Anda adalah penggemar kebolehpelbagaian sebuah Wagon? Tapi dalam masa yang sama anda juga pencinta alam sekitar dan sudah mula jatuh hati dengan kereta elektrik? Nak pakai kereta apa? Nah, inilah dia jawapannya, Opel stra Sports Tourer, sebuah wagon kompak elektrik sepenuhnya.

Pengeluar kenderaan dari Jeman itul telah  mula menayangkan model baharu mereka, Opel Astra Sports Tourer di IAA Mobility di Munich dari 5 hingga 10 September dan ianya sudah boleh ditempah bermula sekarang.

Kehadiran wagon kompak ini sudah pasti akan menjadikannya sebagai sebagai sebuah model laku keras kelak memandangkan ianya adalah wagon elektrik pertama dalam kelasnya dalam pasaran.

Opel Astra Sports Tourer Electric baharu ini sudah boleh ditempah di Jerman dengan kadar komitmen bulanan yang menarik apabila harga jualannya hanyalah pada aras €43,490 (RM218,601).

Wagon / estet kompak ini mampu menawarkan tahap keseronokan pemanduan yang bukan biasa – biasa serta berupaya bergerak sehingga 413 kilometer mengikut WLTP1 tanpa berhenti mengecas. Dengan berat hanya 1,760 kilogram, ianya lebih ringan berbanding pesaing yang ada bagi membolehkan ianya turut menawarkan tahap kelajuan / pecutan yang diingini.

Opel Astra Sports Tourer Electric ini menggunakan motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa sekitar 156 kuasa kuda dan 270 Nm. Dengan nisbah berat yang kecil, ianya menjadi faktor utama kesedapan untuk memecut wagon kompak ini.

Ianya mampu memecut sehingga ke 170 km/j, lebih tinggi berbanding tipikal kereta elektrik yang ada dalam pasaran. Malah, pemandu juga boleh memilih tiga mode pamanduan, Eco, Normal dan juga Sport.

Pek bateri bateri litium-ion 54-kWh ini berupaya bergerak sehingga 413 kilometer dirasakan cukup memadai untuk sebuah wagon elektrik keluarga ini. Malah, ianya mampu mengecas dengan pantas sehingga 80% dalam  tempoh hanya 30 minit sahaja.

Astra Sports Tourer Electric baharu telah dilengkapi dengan pelbagai perkakasan elektronik / ciri moden demi keselesaan penumpang.  Bahagian kabin menampilkan paparan dua skrin digital bersaiz 10 inci untuk kokpit pemandu dan juga sistem infohiburan.

Ciri keselamatan pula ianya dilengkapi dengan sistem Intelli-Drive 2.0 yang akan membantu untuk pemanduan di jalanraya.

Dan fungsinya sebagai sebuah wagon akan tetap dapat digunakan dengan ruangan kargo yang lebih luas, 516 liter. Jikalau kerusi baris kedua diturunkan, ianya mampu memuatkan sehingga 1,553 liter ruangan bagasi. Terima kasih kepada pek bateri yang berjaya disimpan di bahagian bawah kereta.

BACA : OPEL ASTRA SPORTS TOURER – LAWA JUGA SEBENARNYA KAN?

BACA : OPEL INSIGNIA GRAND SPORT – MODEL KEMEGAHAN UNTUK CEO

Google ads

B K

Back to top button