Buletin

HARGA KERETA ELEKTRIK DIJANGKA SEMAKIN MURAH MENJELANG TAHUN 2027

Antara sebab utama masih ramai tidak memilih untuk membeli kereta elektrik (EV) adalah kerana harganya yang mahal. Itu belum lagi dikira dengan faktor infrastruktur pengecasan yang belum meluas di banyak negara. 

Namun, keadaan itu mungkin akan berubah tidak lama lagi. Menurut kajian BloombergNEF, harga EV didakwa akan menjadi lebih murah, sekurang-kurangnya di pasaran Eropah menjelang tahun 2027. Malah, model EV yang besar seperti SUV dan crossover dikatakan bakal lebih murah berbanding jentera menggunakan enjin biasa. 

Menjelang tahun 2030, secara puratanya harga EV akan lebih murah berbanding kereta dengan enjin konvensional. Itu pun sebelum ditolak dengan insentif cukai yang ditawarkan oleh kerajaan. 

Perubahan tersebut dijangka berlaku berikutan pelaburan yang dibuat oleh pengeluar kenderan ke atas produksi EV. Semakin banyak saluran pengeluaran untuk EV dihasilkan, maka skala ekonomi akan menurunkan harga kenderaan elektrik. 

BloombergNEF menjangkakan menjelang tahun 2026, purata kenderaan saiz sederhana dengan enjin biasa atau hibrid berharga sekitar €19,000 (RM95,300). Harga purata EV pada tahun 2030 pula adalah €16,300 (RM81,750), manakala harga harga purata kereta ICE akan naik menjadi €19,900 (RM99,830) seunit. 

Namun, ini merupakan ramalan konservatif oleh BloombergNEF. Ini kerana bank pelaburan UBS menjangkakan kesaksamaan harga boleh dicapai secepat tahun 2024. 

Apa yang pasti, semua pihak setuju bahawa harga bateri semakin murah. Kajian yang dilakukan oleh Pengangkutan dan Alam Sekitar Eropah menjangkakan haga bateri akan turun sebanyak 58 peratus untuk dekad seterusnya. 

Google ads
Back to top button