Motosikal

YAMAHA DEDAH YZF-R7 2022. ENJIN CP2, 72HP/67NM

Selepas beberapa bulan spekulasi dan khabar angin bertiup kencang, Yamaha akhirnya mendedahkan model supersport terbaharu, YZF-R7 2022.

Yamaha YZF-R7 2022 dijangka dijual pada harga AS$8,999 (RM37,134) dan didatangkan dengan dua warna pilihan iaiti biru (Team Yamaha Blue) dan hitam (Performance Black).

Dari segi rekaan, jentera terbaharu itu kelihatan lebih mantap dan garang dengan dibangunkan menggunakan casis R7 diperbuat daripada rangka keluli.

Bahagian hadapan dilengkapi lampu utama LED tunggal, unit lampu belakang, lampu indikator depan dan belakang yang menggunakan LED sepenuh masa untuk pencahayaan  berkesan untuk tunggangan waktu siang dan malam.

Yamaha YZF-R7 2022 hadir dengan panel instrumen LCD penuh baharu dan paparan lebih luas untuk informasi seperti jam, posisi gear, jarak perjalanan dan takometer.

Selain itu, terdapat punat pada handel bar untuk mengawal ciri-ciri berkenaan bagi memudahkan tunggangan.

Ia turut menawarkan tempat duduk rekaan sporty yang mempunyai ketinggian 835 mm, berat 188 kg (wet weight), dan tangki bahan api berkapasiti 13 liter.

Jentera terbaharu itu mendapat khidmat enjin 689 cc crossplane 2 (CP2) yang mampu menjana kuasa mencecah 72 hp @ 8,750 rpm dan tork 67 Nm @ 6,500 rpm serta dipadankan transmisi enam kelajuan.

Sistem suspensi pula, ia dilengkapi suspensi hadapan fork jenis terbalik (upside down) KYB boleh laras 41mm manakala suspensi belakang menggunakan monocross rekaan baharu.

Bagi keselamatan tunggangan, Yamaha YZF-R7 2022 mendapat sistem brek cakera berkembar 298 mm pada bahagian hadapan dengan kaliper brek 4 piston radial mount Brembo.

Brek belakang pula menggunakan cakera tunggal bersaiz 245mm.

Yamaha YZF-R7 2022 bakal memasuki pasaran Amerika Syarikat pada bulan Jun nanti malah pengeluar dari Jepun itu telah menerima tempahan untuk jentera terbaharu tersebut. –rideapart/autoevolution

GALERI:

Google ads
Back to top button